[34] Takut

142 1 0
                                    

Ariq menghela nafas berat bila lihat ada kereta mak longnya di kawasan rumahnya. Malas betul dia nak berurusan dengan orang tua itu. Apa lagi kalau ada Tasya. Setelah dia tahu sepupunya itu ternyata menyimpan perasaan terhadapnya, dia jadi malas mahu berjumpa gadis itu.

"Itu kereta siapa, Ariq?"

"Mak long,"

Berdebar jantung Izy setelah dia tahu itu mak long Ariq. Pasti dia akan di maki lagi. Siap-siap tadah telinga je la.

"Kalau mak long ada cakap apa-apa dengan kau, kau bagitahu aku. Jangan diam je,"

"Okey," Tak okey sebenarnya. Aku tak nak hubungan dia dengan mak long dia makin rosak.

Mereka beriringan masuk ke dalam rumah, Ariq langsung tidak melihat wajah mak long dan Tasya yang kini berada di ruang tamu. Dia terus saja ke dapur. Manakala Izy cuba untuk menyalami tangan Puan Mila namun seperti biasa, diabaikan.

"Izy, teman Ariq dekat dapur ya? Dia belum makan lagi tu," Puan Sara cuba menenangkan menantunya itu.

Izy tarik senyum tipis.

"Baik, ma!"

Tanpa basa basi lagi, Izy berlalu ke dapur untuk menemui suaminya.

"Kenapa kau tak salam mak long?" Izy meletakkan kotak kek tadi di atas meja dapur.

Ariq yang sedang meneguk air sejuk itu menoleh. Dia memutar mata ke atas.

"Malas,"

"Tapi dia kan mak long kau? Tak baik kau buat dia macam tu,"

"Kau buat mak ngah kau tak apa pulak?"

Izy terkaku mendengar sindiran pedas dari Ariq itu.

"Jangan pancing aku, Izy. Aku bukan penyabar orangnya, kau pun tahu tu kan?"

Segera Izy menunduk. Setelah dua bulan berkahwin dengan Ariq, baru kali ini Ariq marah dengannya. Itu pun kerana salahnya sendiri kan?

"Kau bawa kek apa?"

Ariq yang tidak mahu mereka terus bertegang urat lantas mengubah topik perbualan.

"Tiramisu. Kejap, aku masuk pinggan dulu,"

Ariq duduk di kitchen bar, manakala Izy berlalu untuk mengambil pinggan di rak pinggan. Hanya berselang satu minit kemudian, kek itu sudah ada di depan Ariq.

"Kau buat ke ni?"

"Yelah,"

"Bukan Hanan kan?"

Izy tergelak kecil.

"Aku la yang buat,"

Ariq mengambil sudu yang dihulur Izy. Dia menyuap sesudu ke mulutnya.

"Sedap?"

"Kau buat kan? Memang la sedap,"

Izy tersenyum bangga mendapat pujian itu.

Tapi tiba-tiba tekak Ariq terasa panas. Ruam-ruam merah mula muncul di lengannya. Dada Ariq terasa sesak dan sukar untuk bernafas.

"Ariq, kau kenapa?"

Ariq sampai menunduk menahan sakit. Tangan Izy digapai.

"Ariq, kenapa ni?"

"Mama, panggil mama!" Lemah Ariq bersuara.

Segera Izy berlari ke depan dan memanggil Puan Sara. Mereka tiba di dapur bersama Puan Mila dan Tasya.

"Ya Allah, Ariq. Kenapa ni?"

Ariq tidak mampu untuk menjawab. Dia benar-benar sudah kehabisan nafas.

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now