Separuh dari Thunder tersandar ke kerusi selepas mendengar cerita dari Ariq. Manakala yang lain menghembus nafas perlahan. Mereka satu persatu mulai termenung. Ariq apatah lagi. Selepas dia bercerita, dia langsung tidak membuka mulut lagi.
"Rumit cerita kau ni Riq, kalau dah sampai tahap mak long kau masuk campur hal hidup kau." Kata Faiq.
Mereka mengangguk setuju.
"Aku tak faham doe, family kau ni. Maaf cakap, tapi melampau la!" Ujar Hazran pula.
"Aku tahu dia buat semua ni sebab dendam." Kata Ariq.
"Tak habis pasal harta lagi?" Tebak Fahim.
Ariq angkat bahu.
"Maybe? Eh, kalau dia nak sangat harta tu, dia ambil la, weh. Aku tak hadap pun, aku cuma nak hidup tenang, itu je."
"Tapi, kau sanggup ke nak serahkan harta peninggalan atuk kau pada orang macam tu? Silap-silap esok dia jual semua aset keluarga korang, Riq!"
Ariq terdiam seketika. Ada betulnya juga kata-kata Afif itu.
"Betul la, Riq. Atuk kau tinggalkan harta tu untuk kau mungkin bersebab. Bukan cuma kau cucu lelaki tunggal tapi mungkin dia dah tahu perangai anak-anak dia macam mana." Sokong Zaqif.
"Sekarang ni siapa yang urus resort dan hotel kau?" Soal Shamim.
"Aku tak tahu, mungkin orang yang di percaya atuk aku?"
"Kau tak pernah langsung tengok ke?" Syahril hairan.
Ariq menggeleng.
"Mulai sekarang, aku rasa kau dah patut pergi tengok kut?" Saran Fahim.
"Setuju!" Sahut Aqmal.
"Patut ke?" Tanya Ariq.
"Yelah, sampai bila kau nak abaikan macam tu je? Resort dengan hotel tu sekarang dah jadi milik kau tau?"
Sekali lagi, Ariq terdiam mendengar kata-kata Fahim.
"Dalam wasiat tak ada tulis tunggu kau cukup umur dulu kan baru kau kena uruskan resort tu?" Soal Zaqif.
"Tak ada, cuma tulis resort dengan hotel tu untuk aku je. Tapi, aku kena la belajar dulu pengurusan bisnes baru aku boleh take over."
"Tapi kalau nak pergi tengok je tak salah kan?"
"Em, tak salah kan?" Faiq mengiakan kata-kata Hazran.
Ariq mengurut-ngurut batang hidung nya sambil menghela nafas perlahan. Entah la, dia belum terfikir lagi nak pergi tengok resort dan hotel itu. Ada banyak di seluruh negara takkan dia nak pergi satu persatu?
"Dah, dah. Ariq tengah serabut tu!" Kata Afif.
Mereka menutup mulut.
"Fif, aku tidur rumah kau malam ni boleh?" Pinta Ariq.
"Seorang?" Soal Afif semula.
Ariq mengangguk ragu.
"No, siapa nak teman Ariq?" Tanya Afif kepada Thunder.
"Fif, tak payah la. Aku tak nak susah kan korang." Tolak Ariq.
"Haz, kau boleh?" Tanya Afif kepada Hazran. Dia mengabaikan kata-kata Ariq tadi.
Ariq tidak boleh ditinggalkan seorang diri dalam keadaan dia yang sedang kacau itu.
"Aku okey je tapi aku datang sini tadi bawa motor. Ariq mana boleh kena angin malam doe, nanti dia sakit."
"Tak apa, nanti aku hantar la dia ke rumah Afif." Kata Syahril.
Rumah Syahril dan apartment milik Afif tidak jauh, hanya berjarak lima minit saja kalau naik kereta.

ANDA SEDANG MEMBACA
Dua Jiwa Satu Hati
Novela JuvenilSequel Riverhawks High School (Ariq version) Orang kata pertemuan pertama adalah kebetulan, pertemuan kedua adalah kepastian dan pertemuan ketiga adalah takdir dan siapa sangka takdir tidak memihak kepada mereka?