[53] Zaqif

60 2 0
                                    

Zaqif duduk di depan Ariq di ofisnya pagi itu. Pagi-pagi lagi Zaqif sudah ke Sapphire untuk menemui Ariq sampai dia sanggup ambil cuti.

"Kau tak kerja ke? Dah kenapa kau datang ofis aku pagi-pagi ni?"

Zaqif menggeleng. Pulang saja dari US, Zaqif sudah memulakan kerjayanya sebagai civil engineer. Rakan-rakan mereka yang lain juga sebaik saja habis belajar, terus sudah ada kerjaya masing-masing.

Hanya Aqmal dan Hazran yang masih belum pulang ke tanah air. Masih ada dua tahun lagi mereka belajar. Aqmal dengan bidangnya, law dan Hazran dengan bidangnya, computer science.

"Aku pening la, Riq. Tak ada mood nak kerja,"

"Jap, betul ke kau dah buat keputusan nak kahwin dengan kakak Esya?"

"Hm,"

Ariq menarik kerusinya merapatkan ke meja. Pen di tangannya dipusing- pusingkan.

"Kau serius ke ni? Tak menyesal?"

"Kalau aku menyesal pun tak guna, Riq. Esya tak nak dengar cakap aku!"

"Kau tau sebenarnya family Esya yang desak dia untuk lepaskan kau?"

"Oh... Hah?!"

Lambat loading si Zaqif ni!

"Serius la? Mana kau tahu?"

"Izy, Esya bagitahu dekat group chat diorang semalam."

"Asal dia tak bagitahu aku?"

Ariq angkat bahu.

"Mana aku tahu?"

"Tapi aku dah terlambat kan? Aku dah terlanjur setuju dah!"

Ariq meletakkan pen yang dipegang nya di atas meja. Serius dia menatap wajah Zaqif di depannya ini.

"Asal kau nak perjudikan hidup kau ek, Qif? Kau ada pilihan untuk tolak kan? Biar la kau tak ada jodoh dengan Esya pun, asal kau terima kakak dia ek? Aku tak faham,"

"Aku ni serba salah, Riq. Aku dah bagi tahu family aku dah dan diorang pun nak aku kahwin dengan kakak Esya."

Tampak sekali raut putus asa di wajah Zaqif. Lelaki itu menghela nafas berat.

"Aku tersepit, Riq. Kalau kau jadi aku, kau rasa kau akan buat apa?"

"Aku lari, doe!"

"Serius la?"

"Yelah, tak sanggup aku nak pilih-pilih macam tu!"

Belum sempat Zaqif membalas kata- kata Ariq, pintu bilik Ariq diketuk dan muncul Shamim di balik pintu selepas Ariq menyuruh masuk.

"Ha, aku dah agak kau dekat sini!"

Shamim segera mendekati mereka dan dengan selamba duduk di sebelah Zaqif tanpa dipelawa.

Ariq menggeleng-geleng.

Ni dah kenapa dua orang ni tak kerja ni? Dah kaya sangat ke? Eh tapi kan, diorang memang dah kaya?

"Asal kau datang ni?" Soal Ariq.

"Aku cari mamat ni. Aku sampai pergi ofis dia tadi!" Shamim tunjuk Zaqif.

Berkerut kening Zaqif mendengarnya.

"Apahal kau cari aku?"

"Semalam tu apa cerita? Explain!"

"Lah, kau cari aku semata-mata nak tanya tu je?"

"Eh, bukan semata-mata tau? Aku nak tahu cerita sebenar, tak nak separuh- separuh macam semalam. Ha, cerita!"

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now