[41] Pergi

106 2 2
                                    

Syahril dan Hanan keluar ke kereta setelah akad nikah tadi. Mereka nikah di pejabat agama dengan hanya di temani ibu bapa Hanan dan juga mak cik Syahril. Juga Ariq dan Izy. Yang lain saat ini berada di rumah Hanan. Ada sedikit kenduri di sana.

"Aril, auntie balik dengan umi ayah Hanan dulu ea?" Ujar Anita, makcik Syahril yang ikut bersama tadi.

"Okey, Aril pun nak gerak jugak ni."

"Okey,"

Selepas Anita berlalu, Syahril masuk ke dalam kereta Ariq yang sudah di dahului oleh Hanan.

"Awak masuk tak tunggu saya pun ea?"

"Dah awak tu lambat sangat, panas tau dekat luar tu?"

"Eh, eh, jangan nak sweet sangat ea? Dalam kereta aku ni," Tegur Ariq.

"Eleh, kau jealous ke?"

Ariq melihat ke cermin pandang belakang.

"Memang tak la, geli ada la!"

"Ala, bagi la chance. Lagi tiga hari nak pergi UK dah kut?"

"Yelah, pengantin baru. Suka hati kau la nak buat apa. Kitorang pengantin lama ni diam je ea?" Ujar Ariq sambil memandang Izy di sebelah.

Izy mengangguk.

"Sayang la Afif dengan Shamim tak ada. Mika pun tak ada," 

Ah, sudah. Nak buat drama sedih lak si Syahril ni!

Ariq mula memasukkan gear D dan handbrake diturunkan. Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan itu.

"Nak buat macam mana? Dah kau tu gelojoh sangat nak kahwin,"

"Eh kau, ayat!"

Ariq tergelak kecil.

"Diorang pun tak dapat balik sebab baru masuk kan? Tak sampai sebulan pun lagi,"

"Tu la tu!"

"Habis tu, tiga hari ni korang duduk mana? Vinca ke Violet?"

Syahril menoleh ke arah Hanan. Dia juga sebenarnya tiada jawapan untuk soalan Ariq itu.

"Kenapa pandang saya?"

"Awak rasa? Vinca ke Violet?"

"Akasia!"

Tergelak Ariq dan Izy mendengar jawapan selamba Hanan itu.

"Okey, Akasia."

"Saya main-main je?"

"Siapa suruh? Saya tanya betul-betul kan?"

"Saya saja je nak bergurau dengan awak, takkan tak boleh?"

Ah, sudah! Tak sampai sejam nikah, dah gaduh pulak.

Ariq dan Izy hanya diam di depan. Malas nak masuk campur hal rumah tangga orang.

Mereka tiba di rumah Hanan lebih kurang lima belas minit kemudian. Syahril membantu Hanan keluar dari kereta dengan memegang tangannya. Yelah, orang tak biasa pakai heels kan? Tiba-tiba kena suruh pakai, kekok la!

"Kak Izy, Kak Hanan, Fie kena buli. Dah la Fie seorang perempuan dekat sini,"

Mereka baru saja melangkah masuk ke rumah tapi sudah dikecohkan dengan suara mengadu Afieya.

"Ala kau, over!" Ujar Ariq.

"Kak Izy, tengok?"

"Esya ada kan? Tak payah la nak over sangat, drama betul la kau ni." Kali ini Syahril pula yang bersuara.

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now