[24] Mama

188 2 0
                                    

Ariq berjalan ke hulu ke hilir di dalam biliknya. Dia gelisah sendiri, tidak tahu kenapa. Selepas melihat cara layanan mama kepada Izy tadi, Ariq jadi rasa bersalah kepada mamanya.

Dia duduk di atas katil dengan telefon bimbitnya di tangan. Di skrin, tertera room chat mamanya. Dia menaip dan kembali dipadam. Begitu la berulang- ulang kali. Sebenarnya dia tak tahu nak mula macam mana.

Ting!
Ting!

Ariq melihat skrin telefon. Mamanya yang menghantar pesanan. Baru la Ariq dapat kekuatan untuk membalas chat mamanya itu.

Ariq menghembus nafas lega

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariq menghembus nafas lega. Dia lega selepas menulis seperti itu kepada mamanya. Walaupun dia masih tidak puas hati kenapa mamanya merahsia kan soal papanya dulu. Itu dia akan bincang nanti dengan mamanya.

Ariq meninggalkan telefon bimbitnya di atas katil dan dia keluar dari bilik lalu turun ke bawah. Dia masuk ke dapur untuk mengambil segelas air. Dia terkejut melihat sesosok gadis yang sedang duduk seorang diri di dapur yang gelap.

Segera Ariq menyalakan lampu.

"Izy. Ya Allah, kau buat apa gelap- gelap ni?"

Selesai majlis pertunangan tadi, Izy tidak pulang ke rumah kerana Hanan tiada. Puan Sara juga tidak benarkan dia balik dan tinggal seorang-seorang. Kerana itu dia berada di situ.

"Aku dahaga. Sorry, aku tak tahu kat mana suis lampu."

Lelaki itu berjalan melewati Izy dan mengambil gelas kosong lalu air yang diambil dari peti ais dituang ke gelas tadi. Dia duduk di sebelah Izy yang duduk di kitchen bar.

"Kau tak boleh tidur ke?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau tak boleh tidur ke?"

Ariq yang sedang minum air menoleh.

"Hm? Oh, tak. Aku pun haus,"

Hening.

"Ariq, esok kau sekolah kan? Aku nak balik rumah sewa aku la,"

"Jangan, tunggu aku balik dulu. Aku hantar kau. Hanan dah balik ke?"

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now