Azie ke hulu ke hilir di ruang tamu rumahnya, dia pulang sebaik saja dia keluar dari cafe tadi. Dia menggigit kukunya dengan wajah yang sukar untuk dimengertikan.
"Kau ni dah kenapa, Azie? Gelisah je mak tengok sejak kau sampai tadi?" Tanya Puan Ziya.
"Mak, tadi Azie jumpa Izy."
"Ha, habis tu?"
"Izy simbah air panas dekat dia,"
Membulat mata Puan Ziya kerana terkejut.
"Hah? Eh, kau gila ke?"
"Azie tak sengaja, mak. Tangan Azie ni refleks capai cawan tu. Dah dia mulut kurang ajar sangat,"
"Tapi tak payah la sampai simbah air panas. Kalau dia report polis macam mana? Kau ni betul la, Azie!"
Azie menggeleng yakin.
"Tak, dia takkan berani punya."
"Eh Azie, kau lupa ke? Dia tu Izy tau, bukan Nana."
Mendengar maknya berkata begitu, menambahkan lagi kegelisahan Azie. Sudah penat mundar-mandir, dia duduk di sofa.
"Lagipun, sekarang ni dia dah tunang. Kalau dia tak berani nak report kita, tunang dia yang akan report kita. Kau tak dengar lelaki tu dah warning kita hari tu? Dia takkan izinkan kita sentuh Izy lagi. Kau ni menambahkan masalah la, Azie."
"Habis tu macam mana, mak?"
"Mana la mak tahu. Kau yang buat hal kan? Kau selesai la sendiri,"
"Mak,"
"Esok kau pergi balik tempat kerja dia jumpa dia, minta maaf."
Azie tersentak.
"Minta maaf? Dengan Izy? Memang tak la, kenapa Azie nak kena mintak maaf dengan dia pulak?"
"Dah tu kau nak dia laporkan kau?"
"Tak nak la,"
"Tch, suka hati kau la. Mak dah malas nak masuk campur hal kau. Ini kalau ayah tahu apa yang kau buat, mati kau ayah kerjakan."
Suami kepada Puan Ziya memang tak sukakan Izy dan Raihanah tapi dia tak ada la sampai nak cederakan kedua kembar itu. Dia cuma dera mental Izy dan Raihanah bukan fizikal.
"Yelah, yelah. Esok Azie pergi balik tempat kerja dia, minta maaf."
🌹🌹🌹
Azie masuk ke dalam cafe dengan hati yang berat. Dia sangat malas nak jumpa dengan Izy lagi sebenarnya tapi disebabkan maknya, dia terpaksa.
Dia berjalan ke kaunter. Hanya ada Hanan seorang di situ. Tajam mata Hanan menatapnya.
"Kau nak apa lagi datang sini?" Hanan dah cukup menyampah melihat Azie.
"Izy mana?"
Hanan tersenyum sinis.
"Dia ikut tunang dia,"
Azie memutarkan bola matanya ke atas, menyampah mendengar kata 'tunang' itu.
"Pergi mana?"
"Mana la aku tahu. Kalau aku tahu pun, aku takkan bagitahu kau."
Azie berbalik badan lalu meninggalkan cafe tanpa pamit.
"Ish, kereknya. Macam bagus sangat!"
"Siapa?"
Hanan menoleh ke sebelah. Haiqal, adiknya yang menegur. Hari ini pun dia buka cafe bersama adiknya.
YOU ARE READING
Dua Jiwa Satu Hati
Ficção AdolescenteSequel Riverhawks High School (Ariq version) Orang kata pertemuan pertama adalah kebetulan, pertemuan kedua adalah kepastian dan pertemuan ketiga adalah takdir dan siapa sangka takdir tidak memihak kepada mereka?