[21] Restu

196 2 0
                                    

Izy sudah menceritakan segalanya tentang rancangan dia yang menerima lamaran Ariq kepada Hanan. Gadis itu pada mulanya mengamuk teruk. Tapi setelah dijelaskan perlahan-lahan oleh Izy, akhirnya Hanan terima walaupun sedikit tidak ikhlas.

Kini Izy Raihanie menghadapi satu lagi rintangan setelah Hanan iaitu keluarga ibunya atau lebih tepatnya satu-satunya adik ibunya, mak ngah. Orang yang telah mengusir Raihanah.

Sejujurnya dia benci hendak mengaku kerana mak ngah itu tidak pantas di sebut keluarga. Mana ada mak cik yang sanggup halau anak buahnya sendiri? Apatah lagi waktu itu anak buahnya itu baru saja kehilangan orang tua.

"Kau nak jumpa mak ngah kau ke?"

"Han, patut ke aku jumpa dia? Aku sekarang ni nak tengok muka dia pun aku menyampah tau tak?"

Hanan mengambil sebotol air sejuk di dalam peti ais lalu dituang ke dalam gelas sebelum pintu peti ais ditutup.

"Tapi Izy, walau macam mana pun, dia tetap mak cik kau. Kau kena minta restu dia sebab sekarang ni, dia je satu- satunya keluarga kau."

Izy berdecih.

"Keluarga? Dia anggap aku keluarga ke? Kalau dia tu anggap aku dengan Nana ni anak buah dia, dia takkan halau Nana masa tu. Lagipun rumah tu rumah ayah kitorang. Mana pergi hati perut dia?"

"Zy, aku tahu kau sakit hati tapi jangan sampai dendam, Zy. Takut makan diri kau nanti."

Izy menghirup coklat panas yang di buatkan oleh Hanan tadi.

"Okey. Katakan la aku pergi rumah dia, kalau dia halau aku macam mana?"

"Zy, boleh tak sekarang ni kau buat je dulu? Fikiran negatif kau tu tolak tepi, boleh?"

"Aku tak boleh la, Han. Kalau cakap pasal mak ngah aku ni, fikiran aku akan sentiasa negatif."

"Stop thinking about everything so much. You're breaking your own heart."

"Macam mana aku tak fikir, Han? Aku takut mak ngah aku akan judge aku macam-macam lagi. Lepas tu dengan pak ngah aku pun batu api, anak dia lagi. Serabut otak aku."

"Zy, kau pernah dengar tak satu quote ni?"

"Apa?"

"Kau dengar ea? Let people judge you. Let them misunderstood you. Let them gossip about you. What they think about you isn't your problem. Their opinions don't pay your bills. So stay kind and free in your authenticity, no matter what they do or say. Never doubt your worth."

Izy diam sambil cuba menghadam kata-kata Hanan itu. Dia setuju tapi tetap saja dia tidak dapat menghapus fikiran negatif yang berada di otaknya.

"Weh, kau dengar tak? Jangan diam je, respon la. Aku bukan buat live."

"Ya, aku dengar. Tapi aku, nggak bisa bahasa inggeris." Izy sengih.

"Ha. Main-main, main-main. Zy, aku serius tau?"

"Alala, okey-okey. Sorry!" Izy peluk bahu Hanan yang berada di sebelah nya itu. Dagunya diletakkan di bahu gadis itu.

"Bila kau nak pergi?"

"Esok?"

Hanan meletakkan gelasnya di atas meja. Dia menggenggam tangan Izy yang sedang memeluknya. Mereka berdua sudah seperti adik beradik. Hanan satu-satunya keluarga Izy walaupun tiada pertalian darah.

"Dah bagitahu Ariq?"

"Kena ke?"

"Hey, dia nak tunang dengan kau ke tak? Bagitahu dia,"

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now