[33] Belajar

149 2 0
                                    

Ariq dan Izy sudah menikah 2 bulan lebih yang lalu. Izy juga sudah buat keputusan untuk tidak ikut Ariq ke UK seperti yang diminta oleh lelaki itu. Ariq hanya mampu pasrah.

Izy juga meminta izin untuk tetap bekerja di cafe walaupun harus berulang alik dari Vinca ke Akasia, itu pun Ariq terpaksa izinkan dengan syarat harus dengan pemandu yang diupah oleh Ariq atau dia sendiri yang hantar dan jemput kalau tidak sibuk.

Keputusan kemasukan universiti juga sudah keluar, seperti biasa mereka akan berkumpul di cafe Syahril untuk berbincang ke mana hala tuju mereka selepas ini. Kali ini hanya Mikayla dan Afieya yang ikut serta. Aleesya ada kelas manakala Izy dan Hanan di cafe mereka.

"Korang dapat mana?" Faiq memula kan perbualan.

"Manchester," Jawab Afif dan Shamim serentak.

"Kau?" Tanya Ikhwan kepada Faiq pula.

"Aku dekat-dekat sini je,"

Mereka memutar bola mata malas.

"Dekat-dekat sini tu dekat mana?" Hazran bengang.

"UM,"

Mereka mengangguk-angguk.

"Kau, Riq?" Tanya Zaqif.

"ICL,"

Serentak Fahim dan Syahril menoleh sesama sendiri dan kembali pandang Ariq di hadapan mereka.

"Weh, sama!" Sahut Fahim dan Syahril semangat.

Ariq membulatkan matanya.

"Serius la?"

"Serius la!"

"Fie, kau tak ikut crush kau ni?" Usik Ariq sambil menunjuk Faiq.

Afif dan Mikayla menahan tawa. Yang lain membuat muka hairan. Apa lagi Faiq bila Ariq menunjuk kepadanya. Afieya menjeling tajam ke arah Ariq.

"Crush? Fie, kau suka Faiq?" Aqmal mulai kecoh.

"Bising, Aqmal!"

"Fie, sejak bila weh? Faiq, kau ada secret admirer rupanya!" Zaqif tidak mempedulikan Afieya yang wajahnya sudah memerah itu. Sama ada tahan marah atau tahan malu atau kedua- duanya sekali.

"Fie, betul ke?" Kali ini tuan punya badan yang bertanya.

Afieya kaku, tak tahu nak jawab apa walaupun dah kantoi.

"Fie, jawab jelah. Mana tahu tiba-tiba esok kau couple dengan Faiq ni," Ujar Fahim selamba.

Mereka tergelak besar. Mikayla cuma tersenyum, takut dia nak ketawa bila melihat wajah Afieya yang sudah seperti singa itu.

"Aku pun dapat UM," Afieya sengaja mengubah topik. Tapi-

Krik! Krik! Krik!

Masing-masing terkebil memandang wajah Afieya. Try hard sangat nak larikan diri.

"Okay, back to the topic." Mikayla cuba menjernihkan suasana yang tiba-tiba berubah awkward.

"Ha kau dapat mana, Mika? Sama tak dengan Afif?" Tanya Shamim.

Mikayla menggeleng kecewa.

"Aku dapat dekat Vancouver."

"Wow, LDR la ni? Sanggup ke tak?" Aqmal memang suka menimbulkan kekecohan.

Semua membuat muka bengang kepada Aqmal.

"Mal, kau diam dulu boleh tak?"

Aqmal hanya mengangkat tangan sebagai jawapan dari Afif.

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now