[13] Nekad

251 2 0
                                    

Ariq termenung di dalam keretanya selepas keluar dari Sapphire Hotel. Dia masih cuba mencerna kata-kata Uncle Syauqi tadi. Sebenarnya papa yang curang? What a plot twist? Dang!

Seperti biasa, di saat-saat seperti ini Ariq akan mencari Thunder. Group chat Thunder dibukanya dan dihantar pesanan kepada mereka. Dia masih belum mahu pulang ke rumah.

Ariq meletakkan kepalanya di stereng kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariq meletakkan kepalanya di stereng kereta. Kepalanya penuh sekali lagi, sarat. Dia belum bersedia untuk jumpa dengan mamanya selepas dia tahu kisah sebenar. Entah, dia tak tahu apa yang dia rasa. Marah? Malu? Kecewa?

It's totally messed up!

Ariq tahu, Afif takkan pernah bagi dia bersendirian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ariq tahu, Afif takkan pernah bagi dia bersendirian. Afif sudah dia anggap seperti abangnya sendiri. Selama ini Afif yang paling peduli padanya. Afif tak pernah paksanya untuk bercerita masalahnya kalau dia belum sedia dan dia sangat-sangat menghormati sosok Afif Firdaus itu.

Okey, stop cakap pasal Afif. Kisah Afif ada di cerita lain. Sekarang ni Ariq memasang seatbelt lalu dia memandu keluar dari kawasan hotel itu dan tau- tau saja dia sampai di Cafe Pelangi.

Ariq masuk ke dalam cafe itu lalu terus menuju ke kaunter. Hanan sudah tersengih memandang Ariq. Walaupun dia hanya tengok wajah Ariq sekali saja tapi dia ingat wajah itu lagi. Wajah yang buat kawan baiknya angau.

"Hai, datang sini nak cari Izy lagi ke?"

Ariq tersenyum nipis. Perli aku ke?

"Kalau cari Izy, boleh kenyang ke?" Perli Ariq semula.

"Erk!"

Hanan kaku. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak la, datang nak makan la."

"Okey, nak order apa?"

Selepas membuat pesanan, Ariq duduk di sudut paling hujung cafe itu. Ariq memutuskan untuk makan yang ringan-ringan dulu dan akan bungkus makanan berat nanti untuk dibawa ke apartment Afif.

Lebih kurang sepuluh minit kemudian, pesanannya tiba.

"Thank you!"

"Welcome!"

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now