[11] Ariq

269 1 0
                                    

Puan Sara meletakkan secawan teh panas di hadapan tetamu tidak di undang aka kakaknya, Puan Mila. Hubungan kedua beradik itu memang tidak baik. Puan Sara punya dua orang kakak perempuan dan semua mereka tidak ngam. Paling teruk dengan si Mila ni la.

"Ada apa kau datang rumah aku ni?" Soal Puan Sara tanpa memandang wajah kakaknya itu.

"Aik, aku datang rumah adik sendiri pun tak boleh ke?"

Puan Sara tersenyum sinis.

"Pasal Ariq kan?" Tebak Puan Sara.

"Ha, bagus la kalau kau dah tahu. Tak payah la aku nak berbasa basi sangat kan? Jadi, macam mana? Kau dah cakap dengan anak kau tu?"

"Dah tapi dia tak nak."

"Kau tak paksa ke?"

Puan Sara mengepal tangan kirinya kerana geram. Sebenarnya yang ingin menjodohkan Ariq adalah Mila bukan dirinya. Sejujurnya, Puan Sara tidak mahu memaksa anaknya.

"Dah dia tak nak, buat apa nak paksa? Dia bukan budak kecil lagi."

"Kau mak dia, bertegas sikit dengan dia. Kau tahu tak, ini demi kebaikan kita jugak?"

"Kebaikan kita dan korbankan Ariq? Kak, Ariq tu anak aku. Kenapa kau tak suruh anak kau je kahwin?"

"Aku buat semua ni sebab anak kau tu cucu lelaki tunggal. Kalau aku ada anak lelaki, dah lama aku kahwinkan dia. Kau berlagak kan? Mentang la harta arwah ayah banyak jatuh ke tangan Ariq."

"Tak, sekarang ni perjanjian keluarga kita dengan keluarga Hisyam hanya untuk ada ikatan perkahwinan tapi tak ada pulak dalam perjanjian tu kena Ariq yang kahwin? Keluarga Hisyam pun ada anak lelaki la, kak. Bagi la Tasya kahwin dengan anak dia, Tasya pun dah 23 tahun kan? Kenapa nak kena Ariq jugak? Ariq baru 17, kak."

"Sebab sekarang ni Ariq pemegang saham terbesar dalam keluarga kita. Biar dia berkorban sikit. Lagipun, Tasya tak nak kahwin dengan anak Hisyam. Takkan aku nak paksa?"

Puan Sara tersenyum sinis.

"Tch, tau pulak akak kan? Jadi kenapa aku nak kena paksa anak aku pulak?"

"Sebab kau pun sebenarnya bukan kisah pun kan pasal Ariq? Jadi paksa jelah Ariq kahwin dan bagikan harta pada kita."

Wanita itu memang sangat menguji kesabaran Puan Sara. Difikir itu darah dagingnya saja, kalau tak sudah lama dihalau keluar dari rumah.

"Itu hak Ariq!" Tekan Puan Sara.

"Hak? Kau cakap pasal hak? Habis tu kitorang ni tak ada hak la? Apa, anak aku dengan anak Ifa tu bukan cucu ayah ke?"

"Aku tak cakap macam tu kan? Mana la aku tahu apa-apa, itu wasiat arwah ayah sendiri. Dia sendiri yang nak bagi separuh harta dia untuk Ariq. Aku sendiri pun tak pernah minta sikit pun harta ayah la walaupun Ariq yang dapat."

"Ha, sebab tu la aku suruh kau paksa Ariq kahwin dengan Keisya. Diorang dah dok tanya je tu bila keluarga kita nak masuk meminang anak diorang. Harta dia dah dapat kan?"

Puan Sara menggeleng-geleng. Dia tak tahu nak cakap macam mana lagi.

"Kau yang berjanji dengan diorang, bukan aku. Ariq anak aku dan aku tak akan paksa dia buat benda yang dia tak suka. Kalau ya pun aku nak paksa dia kahwin, biar dia pilih calon isteri dia sendiri."

"Sara, kau..."

"Dah tak ada apa-apa lagi kan? Balik la, aku ada kerja lagi nak buat ni. Tak ada masa nak layan orang tak betul."

Puan Mila bangkit dari duduk sambil membaling bantal kecil yang sedari tadi di pangkunya sebelum berlalu dengan angkuhnya.

Turun naik nafas Puan Sara menahan amarah. Kalau dia tak tahan tadi, mau dijerkahnya kakaknya yang kurang ajar itu. Sedap dia je nak mengatur anak orang.

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now