Sequel Riverhawks High School (Ariq version)
Orang kata pertemuan pertama adalah kebetulan, pertemuan kedua adalah kepastian dan pertemuan ketiga adalah takdir dan siapa sangka takdir tidak memihak kepada mereka?
Ariq menghentikan keretanya di depan sebuah cafe yang agak mewah dan juga aesthetic. Cafe milik keluarga Syahril itu berkonsepkan dalam taman dan itu merupakan idea Syahril sendiri.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ariq melepaskan seatbelt dan menoleh ke sebelah. Izy kelihatan kaku di situ.
"Zy, kau okey ke?"
"Ha? Ha, aku okey."
"Jom la masuk,"
Lelaki itu keluar terlebih dahulu. Izy mengekori di belakangnya masuk ke dalam cafe itu. Cafe itu sedang agak ramai pengunjung, berbeza dari cafe milik Hanan yang biasanya sepi.
Masuk saja ke dalam cafe, di sudut cafe sudah terlihat Mikayla, Afieya dan Aleesya yang merupakan 'awek' Zaqif yang disebutkan tadi. Mereka melambai ke arah Ariq. Ariq juga membalas sapaan mereka.
Izy yang masih segan hanya mampu mengekori langkah Ariq. Mereka ke tempat gadis-gadis yang melambai tadi. Tak nampak pula kawan-kawan Ariq yang lelaki?
"Korang je? Thunder mana?"
"Biasa la, game." Jawab Mikayla.
Ariq terus faham. Kalau dah game, mesti mereka berada di dalam bilik.
"Oh, ini la girlfriend kau ea, Ariq?" Ujar Afieya.
Ariq menoleh ke sebelah.
"Oh, haah. Ini Izy, bakal tunang aku."
"Bakal tunang? Wow!" Afieya kecoh.
"Izy, ni Mika, girlfriend Afif. Yang ni Esya, girlfriend Zaqif. Dan yang paling banyak mulut ni, Fie. Bukan girlfriend siapa-siapa sebab tak ada orang yang tahan layan dia."
Mikayla dan Aleesya tergelak dan Afieya menjeling Ariq. Dua orang itu kalau dah jumpa, tak sah kalau tak bertekak.
"Riq, kau kalau tak suka aku, cakap."
"Memang aku tak suka kau pun?"
Afieya memandang Mikayla dengan raut wajah hendak menangis.
"Mika, tengok la Ariq ni."
"Drama queen!"
"Kau-
"Eh, sudah, sudah. By the way, hi Izy or should I call you 'kak?',"
Mikayla tahu Izy bukan sebaya dengan mereka jadi agak kurang sopan kan kalau panggil nama je?
"Boleh,"
"Hai Kak Izy, macam mana boleh nak dengan Ariq ni?" Siapa lagi kalau bukan Afieya yang bertanya?
Izy hanya tersenyum kekok.
"Kau jangan mula, Fie. Aku bagitahu Faiq karang yang kau suka dia."