[40] Mendadak

110 2 0
                                    

Izy kembali ke rutinnya bekerja di cafe milik Hanan setelah hampir satu minggu dia tidak ke Akasia. Hanan juga sudah berapa hari tak buka cafe sejak pulang dari Carnation.

"Macam mana hubungan kau dengan Ariq?" Soal Hanan.

Ketika itu mereka baru saja melepasi waktu puncak. Kini mereka duduk di depan kaunter selepas selesai kemas meja tadi. Tiada pelanggan saat ini.

"Alhamdulillah, getting better. Banyak benda dah aku bincang berdua dengan dia, dah tak buat keputusan sepihak lagi."

Tersenyum Hanan melihat Izy. Suka dia melihat senyuman cerah Izy itu. Baru kali ini dia nampak senyuman Izy itu ikhlas, bukan senyuman palsu lagi seperti sebelum ini.

"Bagus la, suka aku tengok kau macam ni. Izy, bahagia terus ea? You deserve it!"

"Inshaa Allah. Kau macam mana?"

"Aku? Kenapa dengan aku?"

"Kau dengan Syahril la,"

Terlepas keluhan kecil di bibir Hanan. Dia bersandar sambil memasukkan kedua tangannya ke poket apron.

"Susah la Zy, aku nak yakinkan dia."

"Susah macam mana?"

"Yelah, kau bayangkan ea? Bila aku cuba nak dekat dengan dia je, dia macam mengelak. Dia kata dia nak cuba dengan aku tapi, chat pun aku yang mulakan kalau tak memang tak ada la kan? Jumpa tu jauh sekali la sebab dia dekat Vinca sana. Aku rasa macam aku seorang je yang beria."

Oh, Syahril lagi susah dari Ariq rupa nya ek?

"Lagi la sekarang ni dia dah dapat panggilan. Dia pergi UK nanti dengan Ariq kan?"

Izy mengangguk mengiyakan. Mereka akan ke UK kurang dua bulan lagi.

"Aku rasa aku memang tak ada jodoh dengan dia la, Zy. Aku tak nampak pun arah jodoh kitorang,"

"Han, kau kata kau tak nak mengalah? Apa ni? Jangan la give up dulu,"

"Zy, aku pun ada maruah, Zy. Kalau dia dah macam tolak aku banyak kali, sampai bila aku nak stay? Seminggu ni dia langsung tak ada effort apa pun untuk approach aku. Bila aku chat pun macam nak tak nak je dia balas."

"Dia busy la kut, dia kan dah nak pergi UK? Mesti la banyak benda dia nak uruskan, macam Ariq?"

Hanan memaksakan senyumannya.

"Aku tahu la, Zy. Aku boleh rasa dia sebenarnya tak suka aku pun,"

"Apa yang membuatkan kau rasa dia tak suka kau? Bukan dia cakap dia pun ada hati kat kau ke?"

"Zy, kau pernah ada pengalaman. Kau mesti faham apa yang aku rasa,"

Ya, susah nak dekat dengan orang yang tak boleh move on dengan masa lalu ni. Izy pun hampir putus asa dengan Ariq.

"Dah la, tak nak fikir pasal benda ni. Yang penting, kau happy."

"Habis tu kau? Kau tak nak happy?"

Hanan tersenyum kecut.

"Kau susah nak suka orang kan, Han? Tapi bila dah tersuka, jadi macam ni pulak."

Jalan fikiran Izy sama seperti Hanan. Mereka kenal satu sama lain sudah lama sekali jadi mereka sudah tahu jalan hidup masing-masing.

"Kau nak aku minta tolong Ariq?"

"Ish, tak payah la. Nanti Syahril cakap apa pulak?"

"Okey, okey. Tak!"

"Sebenarnya aku dah chat Syahril pagi tadi, cakap yang aku tak nak teruskan lagi. Tak nak paksa dia,"

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now