[31] Lari

168 2 0
                                        

Pagi-pagi Ariq sudah di telefon oleh Hanan mengatakan bahawa Izy tidak balik ke rumah sejak semalam. Ariq langsung bergegas ke Akasia dengan keadaan panik.

Sesampai saja di depan rumah Hanan, gadis itu sudah menjerit memarahinya. Ariq hanya mampu tadah telinga.

"Kau cakap apa dengan Izy semalam? Dia nangis teruk gila kau tahu tak?"

"Aku cakap apa? Aku tak cakap apa- apa pun?"

"Kalau kau tak cakap apa-apa, kenapa dia nangis macam orang gila petang semalam? Kau buat apa dekat dia?"

Ariq meraup wajahnya.

"Aku tak buat apa, Hanan. Kau nak aku cakap apa lagi?"

"Ariq, aku kenal Izy jauh sebelum kau kenal dia. Aku tahu dia macam mana. Eh, dia tak bodoh la nak buat benda gila macam ni kalau tak ada yang usik fikiran dia. Sejak akhir-akhir ni, yang usik fikiran dia, cuma kau. Kau, Ariq!"

"Eh, benda takkan settle kalau kau mengamuk macam ni la, Hanan. Kau sabar dulu boleh tak? Aku tahu aku salah,"

"Memang kau salah. Aku dah pernah cakap kat kau kan yang Izy tu paling pandai sorokkan sakit dia? Tapi kalau dah tahap dia lari macam ni, tu makna nya apa? Maknanya kau dah sakitkan dia terlalu dalam, Ariq."

Ariq berdecak sebal. Dia mengusutkan rambutnya.

"Kau lelaki ter-red flag yang pernah aku jumpa. Kau tak ada pendirian. Kau cuma pandai melukakan tapi tak pandai untuk sembuhkan!"

Ariq hanya membisu.

"Sekarang aku nak kau cari Izy, bawa dia balik. Kalau kau tak jumpa dia, aku takkan maafkan kau!" Hanan berlalu masuk ke dalam rumahnya.

Ariq kembali ke keretanya dan dia menyandarkan kepalanya. Telefon di tarik keluar. Nombor Izy cuba di dail. Masuk voice mail.

"Izy, mana kau pergi? Kau ingat kau siapa ha nak aku cari kau?"

Lelaki itu kembali menegakkan tubuh nya dan mulai memandu. Dia sendiri tak tahu mana nak cari gadis itu. Dia tak pernah tahu tempat mana yang Izy selalu pergi, tempat mana yang dia akan pergi kalau dia dalam masalah.

Hampir seharian ini Ariq menghabis kan waktunya untuk mencari Izy dan sampai la akhirnya dia berhenti di taman tasik. Dia keluar untuk mencari udara segar seketika sebelum kembali mencari Izy.

Tetapi dia nampak gadis itu sedang duduk sendirian dari kejauhan. Lalu segera Ariq ke sana.

"Kat sini rupanya kau!"

Izy angkat kepala. Dia terpaku melihat wajah Ariq.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Izy.

"Kau tu buat apa dekat sini?"

Izy menunduk.

"Ariq, aku rasa kita patut batalkan perkahwinan kita."

"Kau merepek apa ni?"

"Kau tak ada perasaan dekat aku dan aku tak boleh nak paksa kau untuk suka aku. Kalau kita kahwin, kita dua takkan bahagia, Ariq!"

"So, sebab tu la kau lari ni?"

Izy kaku.

"Asal kau tak lari lagi jauh?"

Izy memandang wajah Ariq dengan raut wajah hairan. Seriously dia cakap macam tu?

"Ariq, aku tak boleh kahwin dengan kau kalau kau masih ragu dengan aku,"

"Sekarang aku tanya kau. Aku yang ragu dengan kau ke kau yang ragu dengan aku?"

Dua Jiwa Satu HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang