[51] Riana

80 2 0
                                        

Ariq yang baru melangkah masuk ke kawasan lobi hotel dikejutkan dengan suara yang yang agak kuat, ia datang tidak jauh dari tempatnya berdiri. Dia terus menghentikan langkahnya.

Matanya fokus ke arah itu. Seperti de javu, pemandangan yang dia nampak sama seperti lima tahun lepas. Riana yang sedang dimarahi, kali ini dengan seorang lelaki pula.

Riana, kenapa orang suka sangat nak marah kau? Memang kau yang salah atau diorang saja buat kau macam tu?

Ariq tak tahan melihat pemandangan di depannya itu, segera dia ke sana. Cepat dia menahan tangan lelaki tadi yang hampir mencecah ke pipi Riana.

Tajam mata lelaki itu memandang ke arah Ariq. Riana dengan wajah takut nya dan mata yang berkaca-kaca.

"Kau siapa? Jangan masuk campur!" Marah lelaki itu.

"Tak peduli la aku siapa pun, kau tu dah kenapa nak naik tangan dekat perempuan?"

"Aku supervisor dekat sini,"

Ariq tersenyum senget.

Tch, baru supervisor dah berlagak ea macam ni? Belum manager lagi. Ini mesti orang mak su ni.

"Oh, sebab kau supervisor, kau boleh la nak tampar dia? Hebat betul kau?"

"Eh, kau jangan masuk campur la. Ini urusan aku dengan dia. Dia staff aku, dah dia salah, aku marah la dia."

Sekali lagi Ariq tersenyum sinis.

Staff? Sejak bila pulak kau bayar gaji diorang? Gaji kau pun aku bayar.

Ariq menoleh ke arah Riana yang ter- tunduk itu.

"Apa yang awak dah buat sampai dia marah sangat ni?"

"Saya- saya cuma...

"Jangan tunduk, angkat kepala awak. Pandang saya!" Ariq bersuara tegas.

Cepat Riana mengangkat kepalanya.

"Tak, sekarang ni kau siapa ni? Asal pulak kau nak sibuk? Kau bos ke kat sini? Bukan kan? So, tak payah la nak berlagak!"

Berani betul mamat ni! Kau tunggu jap, aku dah fed up ni.

Ariq menarik keluar telefon bimbit nya dari poket seluar. Dia mencari nombor telefon Uncle Syauqi. Tidak perlu menunggu lama, panggilannya dijawab.

"Assalamualaikum, uncle."

"Waalaikumussalam. Ada apa, Ariq?"

"Ariq ada dekat bawah ni, uncle boleh turun kejap tak? Ada masalah sikit,"

Setelah mengadu beberapa hal, Ariq kembali menyimpan telefonnya.

"Kau sabar jap!"

Wajah lelaki itu mulai cuak selepas dengar Ariq berbicara di telefon. Tak lama kemudian, Uncle Syauqi muncul.

"Ariq!"

Mereka semua menoleh.

"Ni, staff uncle kan?" Ariq menunjuk lelaki itu.

Berkerut kening Uncle Syauqi menoleh ke arah 'supervisor' tadi.

"Haah, kenapa?"

"Biadap!" Ringkas, padat dan jelas.

"Kenapa? Dia buat apa dekat Ariq?"

Ariq menggeleng.

"Dia tak ada buat apa dekat Ariq tapi tadi dia nak tampar Riana depan mata Ariq, uncle!"

"Betul, Saiful?"

"Jangan tanya dia, uncle. Tanya Riana!"

Uncle Syauqi mengalihkan fokusnya ke Riana pula.

Dua Jiwa Satu HatiCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang