Ariq yang baru pulang dari sekolah, terus mencari Izy di bilik tetamu di sebelah biliknya tetapi Izy tidak ada. Dia mengerutkan dahinya. Mana pulak dia pergi ni?
Ariq turun dan bertembung dengan mamanya yang baru saja hendak memanjat tangga. Mereka sama-sama terkejut. Puan Sara sampai mengurut dadanya.
"Kenapa Ariq ni? Panik semacam je?"
"Ma, Izy mana? Dia tak ada dalam bilik pun?"
"Lah, dia tak bagitahu Ariq ke?"
Ariq buat muka hairan.
"Bagitahu apa?"
"Dia dah balik Akasia pagi tadi, tak lama lepas Ariq pergi sekolah."
"Ha? Dah balik?"
"Hm,"
Asal dia tak bagitahu aku ek?
"Kenapa dia tak bagitahu Ariq dia nak balik?"
"Mana la mama tahu. Cuba la Ariq tanya dia sendiri. Mama cuba jugak tahan dia tadi tapi, dia macam biasa la dengan alasan dia, tak nak susahkan kita."
"Tak apa la, ma. Ariq masuk bilik dulu,"
"Sama la, mama pun nak naik ni."
Mereka sama-sama memanjat anak tangga dan berpisah ke bilik masing- masing. Ariq melihat skrin telefonnya yang kosong tiada notifikasi. Bibirnya di gigit sambil kepalanya memikirkan kenapa Izy pergi tanpa beritahunya.
Aku ada salah cakap dengan dia ke? Ada kata-kata aku yang buat dia sakit hati ke? Dia terasa ke dengan aku?
Kau fikir la sendiri, Ariq.
Ariq menghantar pesanan kepada Izy. Tidak harus menunggu lama kerana Izy cepat merespon pesanan itu.
Hati Ariq mulai tak sedap selepas membaca chat dari Izy itu. Cepat dia mencapai jaket dan dompetnya di atas meja lalu turun ke bawah. Baju sekolah pun tak sempat ditukar.
Sebelum turun, sempat dia menjerit kepada mamanya yang berada di bilik.
"Ma, Ariq keluar kejap. Nak jumpa Izy,"
Kunci kereta yang tersangkut di tempat kunci dicapai. Segera dia masuk ke dalam kereta dan memandu keluar menuju ke Akasia.
Dalam fikirannya sekarang ini hanya Izy Raihanie. Dia juga sengaja meletak nama 'Raihanie' sebagai contact name Izy. Untuk mengingatkan dia bahawa itu Raihanie, bukan Raihanah.
Dia sebenarnya tidak peduli dengan apa yang mahu dilakukan Izy tapi dalam masa yang sama, dia seakan peduli. Dia juga bingung dengan hati nya sendiri. Namun, dia akui. Belum terbit rasa suka atau sayang lagi pada gadis yang sudah menjadi tunangnya itu.
🌹🌹🌹
Izy meletakkan telefon bimbitnya di atas meja selepas tidak lagi dapat balasan dari Ariq. Hampir satu jam dia menunggu tapi, tiada. Seperti itu la Ariq, lelaki itu selalu lari di situasi yang baginya penting. Helaan nafas pasrah dihembus.
YOU ARE READING
Dua Jiwa Satu Hati
JugendliteraturSequel Riverhawks High School (Ariq version) Orang kata pertemuan pertama adalah kebetulan, pertemuan kedua adalah kepastian dan pertemuan ketiga adalah takdir dan siapa sangka takdir tidak memihak kepada mereka?