[37] Selesai

125 2 0
                                    

Ariq duduk di katil membelakangkan Izy yang duduk di meja solek sambil menyapu losyen di lengannya. Ariq kelihatan seperti mahu cakap sesuatu.

"Izy,"

"Ya?" Izy menyahut tanpa berpaling.

"Kita ni bukan jenis kahwin kontrak yang macam dalam drama atau wattpad tu kan?"

Pantas Izy memusingkan tubuhnya sambil memandang Ariq.

"Tak la. Soalan apa kau tanya ni?"

"So, kalau aku minta kau bagi la?"

"Minta apa?"

"Apa yang sepatutnya aku dapat? Kau pun mesti faham kan?"

Izy terjeda sejenak. Ya, dia faham apa yang dimahukan Ariq. Dia juga sudah lama bersedia sebenarnya.

"Oh. Tapi kenapa tiba-tiba? Kita dah kahwin 2 bulan lebih kut? Kau tak pernah minta pun sebelum ni?"

"Sebab- Damn, kita hari-hari tidur sekatil kut. Kadang kau sampai peluk aku, kau ingat aku tahan ke? Aku lelaki tau?"

"Aku memang nak bagi tapi kau macam tak nak je so aku diam jelah."

"Bukan tak nak, aku hormat kau. Aku takkan paksa kau kalau kau tak ready."

"I'm always ready,"

Terangkat sebelah kening Ariq.

"You sure?"

Izy mengangguk yakin.

"Aku nak sekarang boleh?"

Memerah wajah Izy menahan malu. Straight betul dia ni!

"Izy,"

Izy dikejutkan dengan suara Hanan yang tiba-tiba memanggilnya. Hilang sudah memori dia bersama Ariq satu bulan yang lalu.

"Kenapa?"

"Aku dah boleh bagitahu Ariq kau kat sini?" Tanya Hanan.

"Oh, dah dua hari ea?"

Hanan tak tahu nak rasa apa sekarang ini. Dia kesiankan Izy tapi dalam masa yang sama, dia tidak mahu Izy melarikan diri seperti ini.

"Bagitahu la,"

Hanan mengangguk. Dia kembali ke rumah membiarkan Izy yang duduk di tepi pantai itu. Kampung Hanan memang berdepan dengan pantai.

Ariq yang ketika itu baru saja keluar dari bilik air terus mengambil telefon bimbitnya. Sejak dua hari lepas, dia selalu memeriksa telefon bimbitnya kalau-kalau ada berita soal Izy tapi hampa. Satu notifikasi pun tiada.

Tapi, kali ini dia mendapat pesanan dari Hanan. Terus dia membuka chat itu.

Segera Ariq menukar pakaiannya dan mengambil dompet serta kunci kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Segera Ariq menukar pakaiannya dan mengambil dompet serta kunci kereta. Dia sudah dua hari tidur di salah satu hotel miliknya yang berada di Orpine. Dah dua hari juga dia tidak jawab call dan chat dari mamanya.

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now