[49] Pulang

82 2 0
                                        

Tiga tahun kemudian...

Izy menunggu Ariq yang akan tiba tak lama lagi. Hanan dan Syahril ada bersama Izy dan anaknya. Syahril sudah pulang 6 bulan lepas kerana dia sudah tamat belajar awal. Ariq akan pulang ke tanah air dengan Fahim.

"Mama, kita nak tunggu siapa ni?" Soal si kecil, Areeya.

"Kita nak tunggu papa la, sayang. Kan papa nak balik hari ni,"

"Papa nak balik? Yeay!"

Izy menggosok perlahan kepala anak nya itu. Hanan hanya tersenyum. Dia membiarkan anaknya bersama ayah nya tidak jauh dari situ.

Beza umur anak Izy dan Hanan hanya setahun saja.

"Han, lama lagi ke? Bukan patutnya dah sampai ke? Mana Ariq ni?" Soal Izy yang mulai risau.

Hanan menggosok-gosok lengan Izy bagi menenangkan wanita itu.

"Sabar Zy, kejap lagi sampai la tu."

"Ha, tu dah sampai!"

Terus Izy menoleh dan betul saja. Dia nampak wajah Ariq dari jauh. Setitis air mata kerinduannya mengalir. Last dia berjumpa dengan Ariq adalah dua tahun lepas. Lepas tu lelaki itu sudah sibuk dengan semester akhirnya dan tiada masa untuk pulang lagi.

Izy berjalan mendekati Ariq sambil memimpin tangan Areeya. Tepat di depan suaminya itu, dia berhenti. Ariq tersenyum.

"Assalamualaikum," Ucap Ariq.

Izy membalas senyuman itu.

"Waalaikumussalam,"

Izy menghulur tangan dan disambut oleh Ariq. Terus lelaki itu menariknya ke dalam pelukan.

"I miss you, honey!"

"Miss you too, abang."

Areeya memandang hairan kedua ibu bapanya. Lama sebelum pelukan di lepaskan. Terus Ariq melutut di depan anaknya itu.

"Eya, rindu papa tak?"

"Rindu!" Jawab anak kecil itu petah.

Areeya merentangkan tangannya, dia juga mahu pelukan dari papanya itu. Ariq memeluk Areeya erat sebelum tubuh anak kecil berusia tiga tahun itu diangkat.

"Riq!"

Ariq menoleh. Syahril menghulurkan tangan untuk bersalaman. Tersenyum Ariq sambil menyambut huluran itu.

"Kau pun ada?"

"Ada la, nak ambil kau la ni. Fahim mana?"

"Oh, haah. Fahim tak jadi balik, dia kena extend dua tiga hari lagi dekat sana sebab ada masalah sikit dengan final dia hari tu,"

"Menangis la dia seorang-seorang kat sana ek?"

Ariq tergelak.

"Dia tak bagi aku balik doe, Syah. Dia suruh aku teman dia, memang tak la jawabnya. Aku dah homesick gila kut,"

Kesian Fahim!

"Tak payah nak kesian sangat la. Kau tahu? Shamim sanggup datang nak teman dia, kembar dia kan?"

"Shamim pergi sana?"

"Hm,"

"Dah, nak berborak panjang dekat rumah je nanti ea? Jom balik dulu!" Ajak Hanan.

Mereka meninggalkan airport dan pulang ke rumah Ariq. Di rumah Ariq sudah ada makcik-makciknya yang berkumpul bersama keluarga mereka masing-masing.

"Riq, aku rasa aku balik dulu la. Kita jumpa lain kali, tak sedap la aku ada makcik-makcik kau ni,"

Thunder memang 'kureng' dengan keluarga Ariq. Kalau boleh elak, pasti mereka akan elak. Bukan tak sedap apa, malas nak berurusan sebenarnya.

Dua Jiwa Satu HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang