[42] UK

104 1 0
                                    

Ariq terus menelefon Izy sebaik saja mereka keluar dari arrival hall selepas menempuh berbelas jam perjalanan. Dia berhenti di tengah orang ramai. Panggilannya masih belum dijawab oleh Izy.

Syahril di belakang sampai menyiku lengan Ariq. Lelaki itu menoleh dan kembali sibuk dengan telefonnya.

"Kau asal? Gelisah je aku tengok?"

"Aku call Izy dari tadi ni, tak jawab. Aku risau la, cuba kau call Hanan."

Syahril juga menarik keluar telefon bimbitnya. Dia menelefon Hanan. Juga sama, tiada jawapan.

"Tak jawab jugak la!"

"Mana pergi diorang ni?"

"Mama kau? Cuba call mama kau,"

"Dah, tak jawab jugak. Aku sampai chat Fie kut, mana tahu diorang ada jumpa ke kan tapi Fie cakap tak ada."

Syahril juga agak cemas sebenarnya sebab chat terakhirnya pun masih belum dibalas oleh Hanan.

"Kita keluar dulu la, dah ada orang tunggu tu."

"Syah, kalau tak dapat jugak contact diorang macam mana? Aku risau la, dah la aku memang rasa tak sedap hati je masa dalam flight tadi."

"Istighfar, Riq. Fikir yang baik-baik, inshaa Allah tak ada apa tu. Kita balik dorm dulu, tenangkan fikiran kau tu."

Ariq menghembus nafas agak berat sebelum mengekori langkah Syahril.

Izy membuka matanya perlahan. Dia memejamkan semula bila matanya belum terbiasa dengan cahaya lampu dan kembali dibuka perlahan-lahan.

"Hanan,"

"Izy, kau dah bangun?"

Izy memegang kepalanya yang sakit. Tangan kirinya dicucuk dengan IV drip.

"Aku kenapa, weh?"

"Kau pengsan dekat airport tadi, aku yang bawa kau datang sini. Nasib baik ada Ikhwan tadi, kalau tak aku tak tau nak buat apa weh. Aku panik!"

"Ikhwan kawan Ariq dengan Syahril?"

"Yelah!"

"Habis tu, mana dia?"

"Dia dah balik, ada urusan katanya!"

"Oh!"

Izy bangkit dari baringnya, Hanan membantu Izy untuk bersandar di kepala katil.

"Zy, sebelum ni kau tak pernah rasa loya-loya ke? Muntah-muntah ke?"

"Huh? Loya kenapa? Tak ada,"

"Doktor cakap kau pregnant, weh. Dah lima minggu."

Refleks Izy menunduk memandang perutnya. Dia memegang perutnya yang masih kempis.

"Aku apa? Pregnant?"

"Ya, kau pregnant. Mengandung!"

Tiba-tiba Izy jadi sayu. Teringat balik kata-kata Ariq sebelum ini.

"Anything can happen, right?"

Terngiang-ngiang kata-kata itu di telinga Izy.

Ariq, it's happened. What should I do?

"Kau tak nak bagitahu Ariq ke?"

"Nanti la dulu, dia baru pergi kan?"

"Izy, kau tak ingat ke dia pesan apa kat kau? Jangan simpan apa-apa dari dia,"

"Tapi aku tak nak dia risau, Han. Dia pun belum mula kelas lagi. Baru je sampai UK agaknya."

Hanan berdecak. Tengok, degil betul!

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now