[10] Keluarga

273 1 0
                                    

Hanan menepuk bahu Izy yang jauh termenung itu. Cafe hari ini lengang, tidak ramai pelanggan. Izy tersentak lalu dia menoleh ke sebelah.

"Hanan, kenapa?"

"Kau menungkan apa tu?"

Izy senyum tipis sambil menggeleng.

"Aku cuma rindu keluarga aku."

Hanan turut membuang pandang ke depan sambil menghembus nafas.

"Kau tak nak balik jumpa adik kau?"

"Adik aku dah tak ada, Han."

"Hah?"

"Kau ingat tak, lelaki yang datang cari aku hari tu?"

Hanan angguk.

"Dia datang sebab nak bagitahu yang Nana dah tak ada."

"Izy!"

"Aku dah tak ada sesiapa sekarang, Han."

"Kau cakap apa ni? Kau ada aku kan? Aku takkan tinggalkan kau, Zy. Kita dah kawan lama."

Izy memerhati ke sekeliling kawasan cafe itu. Cafe itu milik Hanan, sudah dua tahun ini Izy bekerja di situ. Dia juga tinggal di rumah Hanan. Sudah banyak jasa gadis itu kepadanya.

"Aku dah banyak susahkan kau, Han. Kadang-kadang aku malu dengan kau sebab dah la rumah aku tak bayar, gaji kau bagi aku pun banyak. Aku tak tahu macam mana nak balas kau."

"Izy, kau tak perlu balas aku. Cukup kau hidup bahagia je."

"Maaf kalau aku cakap ni tapi jujur, aku iri dengan kau, Han. Kau ada keluarga yang lengkap, ada keluarga yang baik. Tapi aku? Keluarga aku sendiri pun buang aku dengan adik aku."

Hanan memegang tangan Izy yang berada di atas meja kaunter itu.

"Zy, people said family is so important but if you don't have family to lean on, create your own."

"Kau nak suruh aku kahwin la?"

"Ya?"

Izy menggeleng-geleng sambil bibir nya tersenyum tipis.

"Siapa la yang nak kahwin dengan aku ni? Dengan hidup aku sendiri pun terumbang-ambing."

"Positif, Zy. Mana tahu lelaki hari tu jodoh kau?"

"Siapa? Ariq?"

Hanan angkat bahu.

"Tak mungkin la, Han. Mana la layak aku dengan dia. Aku ni siapa? Dia tu siapa? Lagipun aku dengan dia beza tiga tahun kut, tak mungkin dia nak perempuan yang lebih tua dari dia."

Kalau ya pun dia nak, mungkin bukan aku, Han. Tapi, Nana! 

"Jangan cakap macam tu, Zy. Kau tu terlalu merendah sangat. Tak elok, you deserve happiness after all you've done."

"Thanks, Han. Aku tak tahu la hidup aku macam mana kalau tak ada kau."

"Tak, ini berkat diri kau sendiri. Aku tak buat apa-apa pun."

Mereka kembali membisu. Seperti Fify, Hanan tahu kisah hidup Izy seperti apa. Dari kecil, dia selalu di bezakan oleh ibu bapanya. Izy selalu terasingkan.

Raihanah pandai, Izy tidak. Raihanah hormat orang tua, Izy agak biadap walau sebenarnya yang dia lakukan itu untuk membela diri. Raihanah dengar kata, Izy melawan tanpa mereka tahu Izy jadi begitu kerana sikap mereka sendiri.

Izy melawan kerana dia ingin dapat perhatian, Izy biadap kerana mak cik nya menghinanya bodoh dan tak reti hormat orang tua. Kerana itu juga, dia memutuskan untuk keluar dari rumah selepas orang tuanya meninggal.

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now