[35] Gaduh

151 2 0
                                        

Izy melihat penampilannya sendiri di depan cermin. Dia tersenyum puas setelah itu. Tidak sabar dia hendak menunjukkan perubahannya itu kepada Ariq. Pintu bilik seperti dibuka dari luar, cepat-cepat Izy mengemaskan sedikit pakaiannya.

Mata mereka saling berpandangan sesama sendiri sampai Ariq terpaku melihat Izy yang berbaju kurung dan bertudung. Tergamam lelaki itu. Izy tersenyum manis.

"Raihanah,"

Perlahan senyuman Izy memudar dan bertukar menjadi senyuman pahit.

"Raihanie. Aku Raihanie, Ariq!"

Cepat Ariq memalingkan wajahnya.

"Kenapa kau pakai macam ni?" Soalan yang tidak diduga keluar dari mulut Ariq.

Izy fikir Ariq akan suka tapi-

"Ariq, aku-

Tajam mata Ariq menatap Izy yang sudah sedikit menggigil takut itu.

"Kau pakai macam ni sebab apa? Sebab kau nak nampak macam Raihanah? Eh, sedar diri sikit. Kau bukan Raihanah, dan kau takkan pernah sama macam dia. Kau ingat kau pakai macam ni, kau boleh gantikan dia ke?"

"Ariq?!"

Ariq mengusap wajahnya kasar. Izy tanpa basa basi, menarik kasar tudung dari kepalanya lalu dicampak ke lantai. Air matanya bercucuran.

"Aku cuma nak berubah Ariq, bukan nak jadi macam Raihanah. Aku tahu aku takkan pernah sama macam dia. Aku tahu aku tak sesempurna dia tapi aku cuba nak berubah untuk diri aku sendiri, untuk kau. Kenapa setiap kali aku nak buat sesuatu, aku kena judge macam ni? Am I that bad?"

Izy menyapu air matanya kasar tapi masih tidak mahu berhenti.

"I just want to be loved, not used."

Ariq membisu, entah apa yang difikir kannya. Terdengar tawa dari Izy tapi kedengaran sangat menyakitkan.

"I don't know what to feel anymore, I be like 'oh it happened again, ok'."

Ini bukan sekali dua Ariq mengungkit tentang Raihanah. Sudah banyak kali. Kerana itu Izy berbicara seperti itu.

"Okay, enough. I wanna say a lot of things but nevermind, I don't want to see myself begging for attention again. No matter how strong I am, I have limits too. Please don't test me,"

"I finally accepted that I need to be by myself and just heal. Thanks for teaching me this lesson,"

Izy berlalu setelah mengucapkan kata- kata itu tanpa sempat Ariq menahan. Izy keluar sehelai sepinggang tanpa dompet, tanpa phone, hanya dirinya.

"Izy,"

Damn, Ariq! Kau buat apa? Argh, sial!

                           🌹🌹🌹

Izy berjalan tanpa arah sambil tidak henti dia mengesat air matanya yang masih tidak mahu berhenti. Sampai akhirnya dia penat dan duduk di tepi jalan. Kepalanya direbahkan ke lutut.

I save me, I heal me, I got me, I have me.

Berulang kali Izy menuturkan kata- kata itu dalam hatinya. Hanya itu cara dia untuk memujuk hatinya sendiri.

"Izy, make yourself strong enough to survive alone. Not everyone will stay forever,"

"Kak Izy?"

Izy mengangkat kepalanya. Terkejut dia melihat wajah Mikayla yang jelas nampak bingung. Apalagi melihat dia yang wajahnya sudah sembab.

"Akak kenapa? Are you okay? Akak buat apa dekat sini? Ariq mana?" Bertubi-tubi soalan yang diutarakan oleh Mikayla dengan wajah panik.

Dua Jiwa Satu HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang