Sinopsis

332 1 0
                                    

Di tengah-tengah titik terendahnya, takdir menemukan Ariq dengan sesosok gadis yang dia anggap sebagai 'bidadari'. Tapi siapa sangka di pertemuan mereka yang ketiga, itu menjadi pertemuan terakhir mereka. Sekali lagi Ariq dihadapkan dengan kehancuran.

Atas rasa kasih dan amanat, Ariq mencari seseorang yang berharga bagi gadis itu. Sekali lagi dia merasa takdir seperti mempermainkannya bila dia berhadapan dengan sesosok gadis yang sangat mirip dengan gadis yang dicintainya meskipun dengan perwatakan yang 100% berbeza.

Jika Raihanah seorang yang lembut dan berhati-hati dalam setiap tutur katanya, maka Izy sebaliknya. Jika Raihanah sopan santun dan menutup aurat, maka Izy juga sebaliknya. Sangat kontra kedua mereka, yang sama hanya wajah mereka yang sangat serupa.

Izy jatuh cinta pada pandangan pertama kepada Ariq, sama seperti Ariq yang jatuh ke persona Raihanah saat pertama kali mereka bertentang mata.

Namun sekuat mana Izy mencuba, jika hati Ariq tetap pada arwah adik kembarnya, apa dia boleh buat? Tak mungkin dipaksa kan? Wajah mereka memang sama tapi hati Ariq tetap milik Raihanah meski raga lelaki itu dapat ia miliki.

Kerana tekanan dari mamanya, Ariq nekad untuk menyunting Izy yang baru saja dikenalinya untuk dijadikan teman hidup. Izy terima dengan lapang dada kerana hatinya yang memang sudah terpaut kepada lelaki itu dan sekali lagi dia hanya pasrah kerana hati lelaki itu bukan untuknya.

Dua Jiwa Satu HatiWhere stories live. Discover now