Sequel Riverhawks High School (Ariq version)
Orang kata pertemuan pertama adalah kebetulan, pertemuan kedua adalah kepastian dan pertemuan ketiga adalah takdir dan siapa sangka takdir tidak memihak kepada mereka?
Izy terjaga dari tidurnya yang terasa panjang. Wajahnya berpeluh-peluh. Dia melihat sekeliling yang masih lagi gelap. Dia meraup wajahnya.
"Astaghfirullahalazim!"
Sungguh, mimpi itu baginya sangat mengerikan. Dia tak mahu Ariq pergi meninggalkannya. Cukup ibu, ayah dan Nana saja. Jangan Ariq juga.
Cukup yang lain saja membencinya, jangan Ariq juga. Dia tak sanggup di benci oleh lelaki itu. Dia lebih rela Ariq dingin dengannya daripada Ariq bencinya.
Izy turun dari katil dan mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas meja solek. Dia melihat jam yang kini sudah pukul lima setengah pagi. Izy duduk di depan cermin. Nak je dia telefon Ariq sekarang, dia nak tahu dia mimpi atau nyata.
Dia memutuskan untuk menelefon Ariq juga tapi tidak dijawab. Sudah nya dia chat lelaki itu. Setengah jam kemudian baru la dia dapat balasan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Izy meninggalkan telefon bimbitnya untuk solat subuh. Dia kembali duduk di meja solek setelah selesai menunai kan kewajipannya. Telefon bimbitnya kembali di semak. Tiada notifikasi dari Ariq. Izy meletakkan telefon di atas meja dan berdiri untuk turun ke bawah.
Baru saja dia nak keluar dari bilik, telefon bimbitnya berdenting. Dia kembali mendapatkan telefonnya itu. Notifikasi bar dilihat.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Perlahan-lahan Izy mengukir senyum senang. Alhamdulillah, tadi tu cuma mimpi. Izy meletakkan telefonnya lalu dia keluar dari bilik. Pesanan itu didiamkan begitu sahaja.