Sequel Riverhawks High School (Ariq version)
Orang kata pertemuan pertama adalah kebetulan, pertemuan kedua adalah kepastian dan pertemuan ketiga adalah takdir dan siapa sangka takdir tidak memihak kepada mereka?
Izy ke hulu ke hilir dengan telefon bimbit di tangan. Sesekali dia mengetuk dahinya menggunakan telefon itu. Dia tengah berfikir, patut ke dia chat Ariq untuk menanyakan perihal tadi yang soal dijemput itu.
Dia serba salah sebenarnya atau lebih tepatnya dia malu. Yelah, dia baru je jumpa Ariq tu sekali. Macam mana nak duduk satu kereta dengan dia? Awkward la nanti.
Jap, kau macam yakin je dia bawa kereta? Kalau dia bawa motor macam mana? Lagi la awkward kan? Ah, chat jelah.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Izy merenung lama room chat itu. Wait, did he just left me on read? On read?! What the-
Tapi betul la, kalau aku pun aku nak balas apa kalau orang dah kata okey kan? Jangan la nak marah sangat.
Izy meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja. Dia melihat gambar yang berada di atas mejanya sebelah katil, gambar keluarganya. Dia mengambil bingkai gambar itu sambil tersenyum pahit. Kini yang tinggal di keluarga itu hanya dia seorang.
"Nana, aku minta maaf sebab tinggal kan kau. Aku cuma nak cari duit untuk kau, Na. Aku nak kau sambung belajar, aku tahu cita-cita kau tapi cara aku tu salah kan? Aku tak patut tinggalkan kau."
Selepas kedua ibubapanya meninggal, Izy memutuskan untuk keluar dari rumah. Dia ingin mengumpulkan duit sebanyaknya untuk membiayai kos pembelajaran adik kembarnya tanpa dia tahu seminggu setelah dia pergi, Raihanah dihalau oleh keluarga belah ibu mereka dari rumah. Kerana itu, Raihanah tinggal bersama keluarga Fify sebelum dia sakit teruk.
Keluarga belah ibu mereka tak pernah menerima kehadiran mereka sama sekali. Manakala ayah anak tunggal, tiada adik beradik. Datuk dan neneknya sebelah ayah juga sudah tiada lagi.
Mengalir air mata Izy melihat wajah Raihanah yang sedang tersenyum manis di gambar itu.
"Aku rindu kau, Nana. Rindu sangat!"
***
Ariq menunggu di luar Cafe Pelangi selepas memberitahu Izy dirinya dah sampai di situ. Dari sekolah, dia terus ke sini. Tak sempat pun nak tukar baju, dia hanya menggantikan blazer sekolahnya dengan jaket saja.
"Dah, jom."
Ariq menoleh bila terdengar suara Izy. Dia tercengang melihat gaya pemakaian gadis itu. Dengan t-shirt yang agak senteng, seluar jeans ketat. Satu set hitam pulak tu. Rambut pula diikat tocang. Dah macam gothic pun ada cara dia ni.
"Kau nak pergi macam ni ke?"
"Ha, kenapa?"
Izy membelek pakaiannya sendiri. Ada yang salah ke dengan pakaian aku?
"Kau ni agak-agak la, kita nak pergi kubur kut. Mana adab kau?"
"Dah tu?"
Ariq melihat sekeliling. Dia ternampak sebuah butik berdekatan dengan cafe itu.