[50] Kejutan

69 2 0
                                        

Ariq melangkah masuk ke dalam gedung Sapphire Hotel yang sudah lama dia tidak pernah jejak lagi sejak dia datang pertama kali. Ini sudah kali kedua dia ke situ dan akan terus datang lagi ke tempat itu.

Lelaki itu masih lagi ingat bilik Uncle Syauqi di mana dan dia terus saja ke sana tanpa bantuan lagi.

"Assalamualaikum,"

Uncle Syauqi bangun dari kerusinya lalu berjalan ke arah Ariq.

"Waalaikumussalam,"

Tubuh lelaki berusia 22 tahun itu di peluk oleh Uncle Syauqi. Ariq kaku. Pelukan dilepaskan selepas sesaat.

"Duduk, Ariq?"

Uncle Syauqi kembali ke tempatnya dan Ariq duduk di depannya.

"Uncle nak bagitahu apa?"

Ariq yang memang tak suka basa basi, terus bertanya soalan itu.

Uncle Syauqi tidak terus menjawab sebaliknya dia menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan.

"Ariq tahu kan yang papa Ariq dah kahwin lain?"

Ariq hanya angguk, tidak berminat nak ambil tahu tentang papanya lagi.

Uncle Syauqi mengambil telefonnya yang berada di atas meja lalu mencari sesuatu sebelum telefon itu dihulur kepada Ariq. Ariq berkerut.

"Ariq tengok ni,"

Ariq melihat ke skrin telefon. Seorang gadis yang dia ingat-ingat lupa.

"Ariq kenal?"

"Dia bukan staff dekat hotel ni ke?"

Uncle Syauqi kembali menarik telefon nya dan mengangguk perlahan.

"Ya, nama dia Riana Ammara binti Hilal Iskandar."

"Okey? Kenapa uncle tunjuk gambar dia dekat saya?"

"Ariq tak familiar ke dengan nama ayah dia?"

Ariq diam sejenak. Asal binti dia sama dengan bin aku?

"Ariq Daniel bin Hilal Iskandar dan Riana Ammara binti Hilal Iskandar. Bukan ke sama tu?"

"Uncle nak cakap apa sebenarnya ni?"

"Dia adik Ariq, adik kandung Ariq!"

Bagai nak luruh jantung Ariq dengar kenyataan yang mengejutkan itu. Dia ingat gadis itu. Gadis itu yang pernah dimarahi oleh mak su. Tapi, gadis itu siapa? Adik dia?

"No, tak mungkin. Dia dah kerja masa Ariq masih sekolah, takkan la dia adik Ariq uncle? Tak mungkin la!"

"Ariq, masa tu umur dia baru 15 tahun. Uncle ambil dia kerja sebab papa Ariq sakit dan tak mampu nak kerja lagi."

Dang!

"Sakit? Sakit yang macam mana?"

"Papa Ariq kemalangan, dia lumpuh separuh badan. Isteri dia tinggalkan dia sebab tak sanggup nak jaga, jadi Riana yang jadi tulang belakang. Dia yang cari duit untuk tampung hidup mereka sekeluarga. Selain Riana, ada dua orang lagi adik Ariq yang lain."

Tersungging senyuman sinis di bibir Ariq. Puas dia dengar isteri baru papa nya itu meninggalkannya. Dapat yang elok macam mama, curang.

"Habis tu, apa motif uncle bagitahu Ariq semua ni?"

"Lepas dengar semua ni, Ariq tak kesian ke dekat papa Ariq?"

"Masa dia curang dengan mama, dia tinggalkan Ariq, dia ada kesiankan Ariq ke, uncle?"

Uncle Syauqi diam. Dia faham apa yang Ariq rasa. Bukan mudah untuk Ariq terima semua ini. Apatah lagi selepas apa yang papanya dah buat pada dia dan mamanya.

Dua Jiwa Satu HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang