﷽
𝑭𝒐𝒓 𝒕𝒉𝒆 𝒍𝒂𝒅𝒊𝒆𝒔 𝒘𝒉𝒐 𝒕𝒉𝒐𝒖𝒈𝒉𝒕 𝒕𝒉𝒆𝒚 𝒘𝒐𝒖𝒍𝒅 𝒏𝒆𝒗𝒆𝒓 𝒇𝒊𝒏𝒅 𝒕𝒉𝒆𝒊𝒓 𝒕𝒓𝒖𝒆 𝒍𝒐𝒗𝒆
SHASHA RAYANA mengeliat kecil setelah matanya terbuka. Dia merengus geram dek sinaran matahari yang memancar masuk ke dalam bilik. Ni tak lain tak bukan mesti mama! Tangan tergapai-gapai mencari telefon. Setelah dapat, telefon dibawa tepat di hadapan wajahnya. Hampir terbuntang matanya. Sudah pukul 12 tengahari! Patutlah panas semacam.
Dia bangun dari perbaringan dan menapak ke tandas. Tuala yang elok tergantung sempat dicapainya. Hanya 15 minit yang diperlukan untuk selesai membersihkan diri. Siap berpakaian, dia berlari anak ke bawah.
"Mama, papa?" jerit Shasha sambil mata meliar mencari dua sosok tubuh.
"Dapur!" balas Puan Riyana.
Dapur ditujunya. Sengihan ditayangkan kepada mama dan papa yang merenung dia dengan pandangan tak puas hati.
"Alah mama papa ni. Bukan selalu Sha boleh bangun lewat. Sebelum ni asyik study je, bangun awal pergi kelas lah apa lah. Sha penat tau," adu Shasha bersama bibir yang dicebikkan.
"Papa tak marah pasal kamu bangun lewat, Sha. Papa cuma nak tahu kemana kamu pergi semalam? Sampai balik lewat 1 pagi?" Suara Encik Hazmi mula meninggi.
"Maaf papa..." Shasha tertunduk. Sedar akan salahnya kerana lalai semalam.
"Papa taknak dengar kata maaf kamu. Papa tanya kamu kemana semalam?" soal Encik Hazmi.
"Orang keluar dengan kawan ja. Kan dah habis final, saja nak sambut. Itu ja." jawab Shasha perlahan.
"Lelaki atau perempuan?"
"Dua-dua ada pa." Shasha mengangkat wajahnya sebelum meraih lengan Encik Hazmi dengan lembut.
"Jangan lah marah. Sha tak pernah keluar lewat pun sebelum ni. Semalam adalah kali pertama dan kali terakhir. Sha janji. Don't be mad at me mama papa." Matanya dikerdipkan ke arah mereka dua.
"Papa risaukan kamu. Satu-satunya anak perempuan yang kami ada. Yalah. Duduk makan." Kerusi di sebelahnya ditarik dan Shasha melabuhkan duduk di situ.
"Thank you papa." Sengih Shasha sendirian.
"Ni, Reesa ada datang dengan suami dia pagi tadi. Dorang jemput kita untuk hari lahir Zayra minggu depan," celah Puan Riyana yang sedang mencedokkan lauk ke dalam pinggan papa.
"Oh! Yalah Sha hampir terlupa birthday budak kepoh tu dah dekat. Nanti temankan Sha carikan hadiah untuk dia."
"Okay, mama pun nak carikan juga." Puan Riyana bersetuju sahaja.
YOU ARE READING
SEADANYA KAMU (C)
RomanceKali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh! Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya! "Sha? What are you doing here?"...