𝟒𝟒

3.6K 153 14
                                        

       SEMALAMAN Shasha menemani Hariz yang masih belum sedar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       SEMALAMAN Shasha menemani Hariz yang masih belum sedar. Kata doktor, ubat yang diberikan memang bertujuan untuk suaminya berehat.

Jam di pergelangan tangan diperhatikan. Hampir pukul sebelas pagi, perutnya mula berbunyi hebat. Dia perlu menjamah makanan sedikit. Lalu, dia menegakkan tubuh. Wajah Hariz yang tenang, masih lena direnung dengan pandangan lembut.

"Sha nak beli makan kejap. Abang jangan kemana-mana tau?" pesan Shasha walhal dia tahu bukannya Hariz masih bangun.

Langkahnya dibawa keluar dari bilik dan dia menuju ke kafe yang terletak di aras bawah. Masuk saja kafe, dia mencapai roti jagung beserta air kotak berperisa coklat. Dia mahu makan di bilik menemani Hariz. Dia takut jikalau Hariz sedar, dia tiada di sisi suaminya.

Selesai membuat pembayaran, dia mengorak langkah ke lif semula. Baru saja pintu lif mahu ditutup, ada satu tangan menghalang. Melihatkan wajah pemilik tangan tersebut, Shasha menekan punat buka.

"Tiara?" Berkerut dahi Shasha.

Tiara tersenyum nipis. Memang niatnya untuk bertemu Shasha. Rasa serba salah kerana dia tidak berterus terang yang dia mempunyai bukti kejahatan Puan Nurul. Kalaulah dia jujur, pasti Shasha tak akan mengorbankan dirinya. Kalaulah dia jujur, Hariz tak akan terlibat dengan kemalangan.

Pintu lif terbuka, Tiara melangkah keluar dulu. Kakinya terhenti di situ. Memandangkan tiada siapa-siapa, dia ingin meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"Sha, aku nak minta maaf. Aku..."

Belum sempat Tiara menghabiskan kata, tubuhnya ditarik ke dalam dakapan Shasha. Kelu lidah Tiara, sama dengan tangannya. Dia kekok untuk membalas pelukan Shasha.

"Terima kasih. Kalau bukan kerana kau, mungkin aku dan Hariz takkan dapat bersama lagi. Terima kasih kerana berani membongkarkan semuanya padahal itu sepatutnya tugas aku. Aku... pengecut." Shasha berkata. Sungguh dia bersyukur. Dia sendiri tak sangka wanita yang pernah dibencinya pada akhirnya membantunya.

Lidah Tiara semakin kelu. Lain yang dirancang, lain pula yang jadi. Dia fikir Shasha akan marahkannya. Kenapa wanita ini terlalu positif? Perlahan-lahan tangan Tiara membalas pelukan Shasha.

"Aku cuma bantu apa yang termampu. Lagipun, aku taknak bersubahat dengan benda-benda terlarang macamtu," balas Tiara lalu menolak Shasha ke belakang dengan perlahan.

"Kenapa kau bantu aku, Tiara? Bukankah kau suka kalau aku dan dia berpisah?" soal Shasha. Dia hairan. Padahal dulu Tiara hampir menjadi penyondol rumah tangganya.

Tiara tertawa kecil. Kepalanya digeleng perlahan. "Mana mungkin aku rampas Hariz daripada kau. Kau tu dah jadi cinta mati dia tahu tak? Kau patut tengok waktu dia dah sembuh, tercari-cari kau, pertahankan kau walaupun kau tak ada depan mata dia. He loves you so much, Sha. You're lucky to have her as a husband."

Shasha terdiam. Ya, dia beruntung dikurniakan suami sesempurna Hariz walaupun dirinya terlalu banyak cacat cela. Senyuman manis dihadiahkan untuk Tiara.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now