Kali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh!
Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya!
"Sha? What are you doing here?"...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TEPAT jam tujuh petang, telefon Shasha bergetar menandakan ada panggilan masuk. Tanpa membuang masa, panggilan dijawab.
"Ya abang?"
"Abang dalam perjalanan ambil Sha ni. Just stay in your florist, okay? I'll be there in um..... around 6 minutes. See you soon, sweety!" Hariz gelak halus di sebalik panggilan.
"Okay, nanti sampai telefon Sha semula. Hati-hati memandu tu." Sempat Shasha berpesan sebelum mematikan panggilan.
Dia menapak ke kaunter, bagi mengemas barangannya. Matanya menangkap Zara yang sedang berbual dengan telefon bimbitnya.
"Ha, curi tulang!" Pinggang Zafa dicucuk dari belakang
"Oi!" Hampir terlepas pegangan telefon bimbitnya. Terus telefon disimpan di dalam poket.
"Mana ada Zara curi tulang Kak Sha. Ada hal sikit tadi." Dia tersengih menahan malu.
"Kenapa? Is everything okay?" Nada suara Shasha berubah serius.
"Eh tak ada apa pun. Okay lah Zara sambung kerja eh. Akak nak balik dah kan?" tanya Zara. Dalam hatinya memuji sifat prihatin dalam diri bosnya. Walaupun ada tegasnya, dia masih menitikberatkan hal pekerjanya.
"Aik? Mana kau tahu akak nak balik?" Keningnya terangkat. Dia merenung Zara dengan penuh musykil.
Zara terdiam. Dia menggaru tepi dahi perlahan. Erk? Kantoi pula.
"Haa Zara teka je. Okay lah bye nak sambung kerja." Belum sempat Shasha menghalang, terus dia menghilang di sebalik pasu bunga.
Malas mahu melayan, Shasha biarkan saja. Jam di tangan dikerling sekilas lalu. Rasanya macam dah lebih enam minit? Mungkin Hariz singgah membeli makanan? Shasha hanya menebak. Guruh berdentam-dentum berbunyi.
Kepala dilentokkan ke meja. Dia letih sebenarnya. Maklumlah, kedainya menjadi pilihan tempahan bagi satu majlis perkahwinan yang telah pun berlangsung sehari lepas. Memandangkan tenaga kerjanya hanya mereka bertiga. Terpaksa dia bekerja lebih sedikit. Lagipun bukan murah bayaran yang diterima. Hampir tiga ribu ya. Siapa nak bagi sebanyak tu hanya untuk bunga?
Lamunannya termati apabila telefon kembali bergetar. Dia tersenyum nipis sebelum menjawab.
"Dah sampai ke? Tak nampak pun kereta depan ni?" Berkerut dahinya bertanya.
"Keluar ja, Sha. Nanti jumpalah kereta abang," kata Hariz.
Telefon disimpan di dalam beg dan dia menapak keluar. Sempat dia berpesan kepada Rina. Zara hilang entah ke mana. Pintu kedai dikuak dan kepalanya ditolehkan ke kanan.
Kereta Hariz tidak kelihatan. Keretanya saja yang ada. Kepala ditoleh ke kiri pula, baru dia nampak Hariz yang sedang merenungnya. Tubuh tegap berkemeja maroon elok tersandar pada badan kereta. Namun, senyumannya menghilang apabila melihatkan Zara berdiri di sebelah Hariz.