𝟑𝟎

1.9K 100 6
                                    

TALI LEHER dilonggarkan sebaik sahaja Hariz menapak masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TALI LEHER dilonggarkan sebaik sahaja Hariz menapak masuk ke dalam rumah. Beg kerjanya diletakkan di atas meja bersebelahan pintu. Dia terpaksa pulang agak lewat kerana terlibat dengan program kemasukan pelajar baru.

"Sweety?" Hariz memanggil isterinya. Hairan. Biasanya, Shasha akan menyambut kepulangannya.

Tiada jawapan. Dia menapak ke dapur. Turut tidak berpenghuni. Akhirnya kaki dibawa ke bilik mereka. Nafas lega terhela saat melihat tubuh Shasha sedang terbaring membelakanginya.

"Tidur dah ke?" tanya Hariz dengan lembut. Kemeja yang dimasukkan di dalam seluar dikeluarkan.

Bahu Shasha disentuh perlahan. Namun sama, tiada respon dari isterinya. Dahinya mula berkerut. Kenapa dia rasa seperti ada benda yang tak baik terjadi?

"Shasha, abang tengah cakap kan ni?" Hariz bersuara lagi. Dia tahu Shasha hanya berpura-pura tidur. Bukannya dia baru kenal isterinya sehari dua. Malah sudah setahun.

"Shasha Rayana." Tegas dia memanggil.

"Sha nak tidur. Sha penat," jawab Shasha. Matanya dipejam erat. Hatinya masih terluka. Malah, mentalnya penat. Dia penat bertarung dengan diri sendiri sama ada perlu atau tak dia tunaikan permintaan umi.

"Sha ni kenapa? Abang baru sangat balik kerja. Kalau abang ada buat salah, cakap. Abang ubah dan betulkan mana yang patut." Tubuh Shasha dipusingkan.

Laju tangan Shasha tertepis tangan Hariz di bahunya. Mereka berdua terkelu. Shasha renung wajah Hariz lama sebelum bertindak untuk berlalu keluar. Dia betul-betul memerlukan masa sendirian untuk berfikir.

"Shasha Rayana!"

Kaki Shasha terus terpaku.

"Kenapa dengan Sha ni? Apa salah abang?" Hariz memegang kedua-dua lengan isterinya.

"Salah abang sebab pilih Sha sebagai isteri!"

Terjatuh kedua-dua tangan Hariz di lengan Shasha. Dia terundur beberapa tapak. Matanya tidak lepas merenung Shasha.

"Pasal umi kan? Apa yang jadi tadi, Sha? Apa yang umi cakap? Tell me, sweety." Hariz kembali menapak menghampiri isterinya.

"I started to believe that everything umi says is true. Siapa ja kan sanggup bertahan dengan wanita tak sempurna seperti Sha?" Shasha tertunduk.

"Ya Allah sayang. Kenapa fikir macam tu? Abang kan ada? Abang sayangkan Sha. Abang-"

"Abang sanggup derhaka pada umi hanya kerana nak membela Sha?" tanya Shasha. Kepalanya diangkat untuk memandang Hariz.

"Sha, tolong lah faham. Permintaan umi tak masuk akal. Tak salah kalau abang menolak kan?" Kedua-dua belah pipi Shasha dipegangnya.

"No! Abang tak faham! Abang tak faham apa yang Sha hadap. Sha dah cuba terima kekurangan yang Sha ada tapi umi seringkali meretakkan keyakinan diri Sha." Dada Hariz ditolak ke belakang.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now