𝟏𝟎

3.2K 133 5
                                        

      HARIZ NUFAEL melangkah dahulu ke dalam Ittar's Creative Publishing, diikuti Shasha Rayana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARIZ NUFAEL melangkah dahulu ke dalam Ittar's Creative Publishing, diikuti Shasha Rayana. Dia hentikan langkahnya, sebaik sahaja melihat agak ramai di dalam. Sehingga Shasha tiba di sisinya.

"Awak boleh tunggu dalam kereta Hariz. Tak perlu ikut saya," kata Shasha. Semakin lebar senyuman di bibirnya melihat kelibat Yara Ameena di hadapan.

"I'm okay, Sha. Jom?" Kepala ditundukkan memerhati Shasha di sebelahnya.

"Jom!" Shasha berlari-lari anak ke hadapan, meninggalkan Hariz di belakang.

"Hey, Sha! Janganlah lari." Laju langkah kaki Hariz menyaingi Shasha. Tergeleng-geleng kepalanya melihatkan wanita itu. Bibirnya kemudian terletus ketawa kecil. Bukan selalu dia boleh melihat Shasha menjadi seperti kebudak-budakan.

"Cepatlah Riz!" Lengan baju Hariz direntap Shasha.

"Haip apa ni pegang-pegang? Haram tau." Matanya dijegilkan.

"Bukan saya pegang kulit awak pun kan? Saya pegang baju ja. Dah awak lembab sangat. Jom lah. Saya nak duduk depan-depan!" Dijelingnya Hariz tajam dan dia melangkah ke hadapan, meninggalkan Hariz yang termangu sendirian di belakang orang ramai.

"Sabar lah kejap. Kan ramai ni? Kalau awak hilang dari pandangan saya macam mana? Sudahlah awak tu pendek," bebel Hariz setelah dia tiba di sisi Shasha.

"Apa awak cakap? Saya pendek?"

"Yalah."

"Saya tak pendek. Awak yang tinggi macam hantu galah," balas Shasha.

Belum sempat Hariz menjawab, Shasha terus menggayakan seperti menzip mulut ke arah Hariz. Malas bertekak, Hariz menjongketkan kedua-dua bahunya ke atas sebelum matanya kembali tertancap di hadapan.

Kelihatan seorang wanita dan lelaki yang sedang bercakap bersama peminat mereka mungkin?

"Who's that?" tanya Hariz.

"Lelaki tu, namanya Syed Attar. Dialah suami kepada penulis yang saya nak jumpa, Yara Ameena. So basically, Syed Attar ni pemilik syarikat penerbitan. Dialah juga yang terbitkan buku Yara. Comel kan dorang berdua?" terang Shasha.

Terangguk-angguk kepala Hariz menerima maklumat yang baru didengarinya.

"Yang sebelah dia tu lah Yara Ameena. Cantik kan? Saya jarang nak minat sesama jantina, tapi sebab saya suka sangat dengan buku dia." Ketawa Shasha.

Sedang mereka ralit bercerita, suara Syed Attar menjengah halwa telinga mereka. "Eh? You're here! Cik kan yang buatkan bunga untuk isteri saya haritu?" tanya Syed Attar sambil menghampiri Hariz dan Shasha.

"Sayang, sini." Syed Attar memanggil Yara Ameena.

"Sayang ingat tak bunga yang abang pernah beli. Ada 10 tangkai bunga ros dengan baby breath haritu?" tanya Syed Attar kepada isterinya.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now