𝟑𝟏

1.7K 76 10
                                    

         TROLI ditolak Shasha sambil berjalan masuk ke dalam Lotus

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         TROLI ditolak Shasha sambil berjalan masuk ke dalam Lotus. Dia berjalan seorang diri menghampiri bahagian minyak dan beras.

"Hati-hati ya, sweety? Kalau tak cukup duit pakai ja kad abang yang satu lagi tu."

Tawa kecil terlepas dari bibir Shasha setelah teringat akan pesanan suaminya. Mustahil lah tak cukup duit, bukannya banyak pun barang masak yang perlu dibeli. Lagipun, hanya mereka berdua sahaja yang ada. Tidak termasuk, Toothless.

Setelah meletakkan minyak dan beras ke dalam troli, Shasha melangkah ke arah bahan basah pula. Seekor ayam siap dipotong turut dibeli bersama beberapa jenis sayuran.

"Wah wah, macam kenal je?"

Satu suara yang sangat dia kenali begitu hampir dengan telinganya. Namun dia abaikan saja. Malas membuang tenaga dan masa.

"Eh pekak ke?" Bahu Shasha ditolak kuat.

"Waalaikumsalam, ada apa Tiara?" Shasha memusingkan tubuh lalu menyilangkan tangannya di dada.

"Tak perlu nak acah alim lah. Pakai tudung pun tak." Tiara mencebikkan bibir. Menyampah dia dengan wanita di hadapannya ini.

"Jawab salam ja pun? Kenapa nak marah sangat? Oh lagi satu, memang aku tak bertudung. Tapi Alhamdulillah aku masih tahu batas dengan suami orang," sinis Shasha. Tiara fikir dia takut? Memang tak lah. Dengan Ayyan pun dia berani, apatah lagi perempuan yang lebih kecil dan pendek darinya.

"Kau!"

"Apa kau kau? Memang betul kan apa aku cakap? Malu lah jadi kau. Sudah lah tak tahu malu, tak sedar diri pula tu." Jari telunjuk Shasha dipusingkan di hadapan wajah Tiara.

"Kau kurang ajar kan? Kau tunggu aku bagitahu umi!" marah Tiara. Mencerlung matanya merenung Shasha.

"Well, If you think I'm being rude, maybe you should reflect on yourself first. I will only be rude to someone who doesn't know their limits with me and my husband." Usai menghabiskan kata, dia menolak troli ke arah lain. Biarlah si Tiara tu meroyan seorang diri.

"Eh betina!" Tiara mengejar langkah Shasha lalu lengan wanita itu ditarik kuat.

"Kau dah kenapa?" tanya Shasha dengan nada yang tertahan-tahan. Kalau tak difikirkan ini tempat awam, dah lama dia bergusti dengan perempuan tak sedar diri ini.

"Kau fikir kau hebat sangat hah? Kau tu dahlah mandul! Tak fikir ke Hariz tu kahwin dengan kau hanya kerana rasa simpati? Kau tu tak sempurna, Sha. Sedar lah diri tu sikit." Dada Shasha ditolak-tolak dengan hujung jari telunjuknya.

Terpejam mata Shasha saat mendengar hinaan dari Tiara. Perkataan mandul. Perkataan yang paling menyakitkan hatinya.

"Tiara, listen here." Shasha menepis tangan Tiara di hadapannya.

"Aku sempurna atau tak. Mandul atau tak. Apa kena mengena dengan kau? Kau siapa untuk tahu niat Hariz berkahwin dengan aku? Kau Tuhan? Bukan kan? Jadi tolong terima hakikat yang Hariz memang ikhlas jadikan aku isteri dia. Apatah lagi untuk menyayangi dan mencintai aku. Step back, Tiara. You're only embarassing yourself." Riak tenang dipakai di wajahnya. Padahal hati sudah mula berbolak-balik.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now