PUNAT di telefon bimbitnya ditekan lagi. Rasa sakit hati mula menyerbu naik memenuhi dada. Punggungnya dihempaskan ke katil, lalu tubuh dibaringkan. Inilah yang dikatakan dengan janji manusia. Lain yang dijanji, lain yang dibuat. Dengusan geram dilepaskan sebelum dia mendail nombor Arlan untuk kali terakhir. Ya, kali terakhir! Kalau abangnya masih tak menjawab panggilan, memang dia mogok sebulan!
"Abang! Kau ni kenapa susah sangat nak jawab telefon hah? Baik kau pakai public phone ja," bebel Shasha apabila panggilannya akhirnya dijawab.
"Sorry Sha. Aku ada mesyuarat ni. Last minute. Aku minta maaf. Kau datang sini boleh? Habis mesyuarat kita pergi sama-sama," pinta Arlan dengan penuh rasa serba salah.
"Ergh yelah. Aku sampai nanti aku telefon semula." Panggilan ditamatkan dan Shasha mengorak langkah ke luar. Sempat dia membetulkan pakaiannya di cermin besar yang terletak di tepi pintu utama.
KERETA diparkir jauh sedikit sebelum dia melangkah masuk ke dalam pagar universiti, tempat mengajar Arlan Sayf. Nasib saja kereta yang dibawanya sudah terlekat sticker universiti ini, tidaklah dia perlu menjawab sebarang persoalan apabila dia hendak masuk ke dalam kawasan universiti. Memandangkan Arlan lebih selesa membawa superbikenya, jadi kereta tersebut diberi kepada Shasha.
"Abang, aku dah sampai ni." Shasha memulakan perbualan setelah panggilan yang dibuatnya diangkat.
"Sha.... aku minta maaf. Aku masih tak habis mesyuarat ni," bisik Arlan Sayf.
"Abang! Kau ni.... Habis tu aku macam mana?" Keluhan berat dihela Shasha.
"Boleh je aku nak pergi sendiri, tapi aku malas lah nak cari parking nanti. Tak apalah. Aku naik grab jelah." Sambung Shasha dengan lemah. Malas dia mahu bertekak. Lagipun bukan salah Arlan. Dah itu kerjanya, takkan dia nak memaksa pula kan?
"Eh jangan. Aku dah minta kawan aku tolong hantarkan kau. Kau naik dengan dia eh?" Arlan bersuara lembut.
"Hah? Kawan? Lagilah aku taknak," jawab Shasha.
"Please listen to me, Sha. Biar dia yang hantar dan jemput kau balik. Aku percayakan dia dari grab," pinta Arlan Sayf.
"Yelah yelah. Tapi, kau kena belanja aku makan seminggu! Siapa suruh janji tapi akhirnya tak dikotakan?" Sengaja Shasha menguji abangnya.
YOU ARE READING
SEADANYA KAMU (C)
RomanceKali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh! Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya! "Sha? What are you doing here?"...