Kali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh!
Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya!
"Sha? What are you doing here?"...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ANAK matanya tajam menikam setiap wajah di dalam kelas. Hati terasa panas apabila soalan yang diajukan dibiar seperti angin lalu.
"No one?" tanya Hariz.
Diam lagi.
"You. Yes you." Jari dihalakan tepat pada tubuh salah seorang pelajar yang sedari tadi ralit bersembang.
"I just need 3 types of errors which can occur during the execution of a program! Takkan itu pun kamu tak tahu? Dari tadi saya berdiri sini mengulang benda yang sama, takkan sorang pun tak dapat jawab?" Naik seoktaf nada suaranya.
"Syntax, Runtime and Logical errors, Dr. Hariz," jawab salah seorang pelajar.
Reda sedikit hati Hariz. Akhirnya ada yang mendengar. "Thank you, Mia."
Hariz berhenti seketika, tangannya dimasukkan ke dalam poket. Dia berjalan ke kiri dan kanan sambil memerhati wajah setiap seorang di dalam kelas.
"One last time, if I ever catch any of you not paying attention in my class, I would not hesitate to kick you out of my class. My class, my rules. Got it?"
Laju semua menganggukkan kepala. Hariz mengeluh perlahan. Kembali fokus pada mengajar.
"Back to the topic, So a syntax error occurs when the program violates one or more grammatical rules of the programming language. Basically, dia sama seperti bahasa manusia iaitu kesalahan tatabahasa. Jadi, bila kita terlupa untuk letak walaupun satu tanda titik, terus program akan crash. Faham?" terang Hariz seringkas mungkin.
"Faham, dr!" jawab semua serentak.
"Next one, runtime error. Runtime error adalah kesalahan yang terjadi saat program sedang dijalankan. Like there is something logically incorrect with your code. Contohnya, Internet Explorer. Punca utama ialah sebab skrip tak dibuat dengan sebaiknya. Tapi kadang-kadang, puncanya sebab kita tak update software juga. Jadi, rajin-rajinkanlah update software masing-masing."
Hariz jeda, mata memerhatikan jam di tangan sekilas lalu sebelum menyambung.
"I'm just going to go through this as simple as I can since time is almost up. So, the last one is logical error. Ada sesiapa yang mungkin dah tahu boleh cuba."
Seperti biasa, tiada jawapan. Tapi tak apa, ini merupakan kali pertama dia mengajar topik ini.
"The logical error happens when a program implements the wrong logic. It causes a program to operate incorrectly, atau bahasa mudahnya, crash. Contohnya, ada kekeliruan pada rumus matematik, urutan serta kegagalan untuk mengikuti spesifikasi design yang digunakan. Tapi, logical error lah yang paling susah untuk kita kenalpasti."