𝟏𝟐

1.7K 90 6
                                    

TUBUH direbahkan ke atas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUBUH direbahkan ke atas katil. Shasha mengeliat kecil sebelum dia merenung ke arah siling. Lembut nafasnya terhela. Hujung bibirnya ternaik sedikit apabila teringatkan karenah lelaki itu.

Bukannya dia cintakan Hariz pun, cumanya karenah itu seringkali mengusik hati kecilnya. Kadang-kala ada rasanya ingin marah, tapi dia biarkan saja. Dia sendiri pun tak faham dengan Hariz, padahal lelaki itu tua 6 tahun darinya. Ada-ada saja idea nakal itu. Tapi memikirkan permintaan Hariz, buatkan hatinya gundah-gulana.

Entah apa yang merasuki Hariz sehinggakan boleh jatuh cinta pada perempuan yang tak punya apa-apa seperti dia? Luaran saja nampak baik, tapi siapa yang tahu kekurangannya? Ingin saja dia bertanya, tapi dia takut akan jawapan yang akan diterima. Dia takut hatinya mula lembut. Dia tak sepatutnya ada apa-apa perasaan pada Hariz atau lelaki lain.

Tok tok! Lamunannya termati tatkala pintu biliknya diketuk perlahan.

"Masuklah," sahut Shasha. Dia bangun dari baring dan bersila di atas katilnya.

"Arlan? Tak cakap pun kau balik ke sini harini?" tegur Shasha setelah terlihat figura Arlan yang menyandarkan tubuhnya di sisi pintu.

"Yelah, aku ada benda nak cakap dengan kau. Jom turun? Aku ada belikan makanan tu." Arlan menghampiri tubuh Shasha, lalu lengan adiknya ditarik lembut menapak turun anak tangga.

"Oi." Tubuh Shasha dirempuh Fawwaz dari belakang.

"Eh kau ni kan." Pantas dia mengejar Fawwaz, meninggalkan Arlan di belakang. Tiba sahaja di belakang tubuh Fawwaz, terus dia melompat naik dan melingkarkan lengannya di leher lelaki itu.

"Sha! Kau fikir kau ringan ke?" Terkejut Fawwaz dibuatnya. Namun, dia masih memegang utuh kaki Shasha.

"Rindu kau lah bang. Busy betul sejak-sejak ni," adu Shasha.

Fawwaz hanya diam, membawa tubuh itu ke meja dan Shasha melabuhkan duduk di bucu meja. Tangannya mencapai roti canai yang dibeli Arlan lalu digigit sedikit demi sedikit.

"Ish kau ni, makanlah elok sikit. Kuah kan ada tu?" bebel Arlan. Mangkuk di dalam laci diambilnya dan kuah dituangkan ke dalamnya.

"Mana papa mama?" tanya Shasha. Kakinya tergoyang-goyang memandangkan tapak kakinya tidak mencecah lantai.

"Tadi aku tengok dorang tengah solat. Kejap lagi turun lah tu," jawab Fawwaz Hazeen.

"Okay ke kelas? Aku dengar kau jadi kapten bola keranjang?" tanya Shasha.

"Okay tu okay jelah. Cumanya makin sibuk. Dengan nak study lagi, jaga anak-anak buah lagi." Fawwaz melabuhkan duduk di kerusi. Kepalanya direbahkan di paha Shasha. Mengantuk!

"Dah jadi kapten ni, mesti ramai peminat kan?" Shasha membawa tangan kirinya dan bermain dengan rambut Fawwaz.

"Waktu belum jadi kapten pun aku dah digilai ramai, apatah lagi bila jadi kapten." Fawwaz tertawa dengan lawak sendiri.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now