𝟒𝟏

1.9K 124 13
                                    

    Lagu: Sepenuh Hati by Rony Parulian, Andi Rianto

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    Lagu: Sepenuh Hati by Rony Parulian, Andi Rianto

SURAT yang siap ditulis dilipat elok dan diletak di atas meja yang berada di sisi katil. Surat untuk Hariz Nufael, suaminya. Jam di atas pintu dipandang sekilas lalu. Berbaki lebih kurang sejam sebelum dia berangkat pergi.

Shasha mengorak langkah keluar, namun terjengul Arlan di hadapan pintu. Terhenti langkahnya.

"Abang? Kenapa kau berdiri sini?" Shasha bertanya kehairanan.

"Tak boleh tidur. Aku risaukan kau. Kau... nak pergi bila?" tanya Arlan perlahan. Tidak mahu menyedarkan penghuni bilik yang lain.

"Nak pergi dah sebenarnya. Alang-alang kau tak tidur lagi, aku nak minta tolong kau panggilkan ustaz awal pagi nanti boleh? Minta ustaz tolong buang apa yang masih tersisa nanti," pinta Shasha. Berat dadanya perlu melakukan keputusan seberat ini.

"Tersisa? Maksud kau?" Bertaut kening Arlan. Dia tidak faham.

"Kan aku pernah cakap, sihir yang dikenakan ke atas Hariz hanya akan berakhir kalau kami berpisah. Jadinya pagi nanti, sihir tu akan dibuang. Cuma aku takut kalau-kalau pelaku tu tak berpegang pada janji. Kau tolong panggilkan ustaz ya?" Sambil-sambil itu, Shasha mengerling ke arah bilik mereka. Risau jikalau Hariz tersedar.

Arlan mengangkat kedua-dua tangan ke wajah, lalu wajahnya diraup bersama keluhan kasar yang terbit dari bibir. "Siapa pelaku tu, Sha? Cuba kau cakap?"

"Kau akan tahu. Cumanya tak perlulah dengar dari mulut aku. Lambat-laun akan terbongkar juga. Allah kan tak pernah tidur?" Shasha senyum nipis.

"Kau tolong ya?" pinta Shasha lagi.

Arlan tidak menjawab, malah pipi Shasha dipegang lembut lalu dia menarik tubuh adiknya ke dalam dakapan.

"Jaga diri kau baik-baik. Apa-apa kau telefon ja aku. Tolong, jangan pergi terlalu lama dan jauh. Lagipun, aku pasti Hariz masih perlukan isteri dia," ujar Arlan setelah melepaskan pelukan itu.

Hariz masih perlukan isteri dia.

Ya, Shasha tahu tentang itu. Tapi sayang sekali, kisah cinta mereka tidak semudah itu. Jikalau dia bertahan, maka kesihatan suaminya akan semakin merosot. Kadang-kala, cinta sejati dapat dibukti dengan satu pengorbanan yang hebat. Sama seperti apa yang dia bakal lakukan. Meninggalkan separuh jiwanya demi kebaikan semua.

"Tengok-tengokkan Hariz untuk aku." Mungkin ini merupakan pesanan terakhir Shasha.

"Jangan risau. Kau tu, jaga diri elok-elok." Buat kali terakhir, Arlan mengucup dahi adiknya lama.

Arlan hanya memandang langkah Shasha yang menuju ke bilik semula. Sebaik sahaja pintu bilik adiknya ditutup rapat, laju mutiara jernih membasahi pipinya. Mana mungkin dia setenang ini. Namun demi Shasha, dia gagahkan jua.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now