MEMANG benar bahagia tidak kekal lama. Hanya dengan sekelip mata Hariz kembali menjadi seorang yang membenci isterinya.
"Kau berambus boleh tak?!" tempelak Hariz. Mencerlung matanya merenung wajah Shasha yang terkaku.
Shasha menapak setapak menghampiri tubuh Hariz. Perit hatinya mendengar Hariz membahasakan diri mereka sebagai kau dan aku. Tanpa hujan dan ribut, tiba-tiba Hariz membencinya. Sedang mereka elok menatap langit gelap, Hariz berlalu ke tandas. Keluar sahaja dari tandas, terus suaminya berubah.
"Abang? Sha ni..." Telapak tangan Hariz dicapai lembut.
"Kau keluar. Panas tahu tak tengok muka kau?" Jari Hariz menekan dada Shasha lalu tubuh isterinya ditolak ke belakang sehingga terlepas tautan tangan kirinya bersama tangan kanan Shasha.
"Abang, tolonglah jangan buat Sha macam ni. Tolonglah lawan. Abang dah janji kan?" Tidak berputus asa, Shasha merapatkan jarak di antara mereka semula.
Rayuan Shasha bagaikan angin yang berlalu. Hariz mengorak langkah keluar, bahu Shasha ditolak kuat ke tepi. Hampir saja Shasha terjatuh namun sempat ditahan dengan tangannya.
"Abang!" panggil Shasha. Dia melangkah laju menyaingi langkah Hariz lalu lengan kekar itu dipegang.
"Eh apa benda kau ni?!" tengking Hariz. Semakin panas hatinya. Dia berasa jijik dan benci melihat wajah isterinya.
"Abang nak kemana malam-malam macam ni?" Shasha sabarkan hati. Dia tahu yang berada di hadapannya sekarang bukan Hariz yang sebenar.
"Mana-mana jelah. Kau nak sibuk kenapa? Menyemak tahu?" Jelingan tajam dihadiahkan kepada Shasha, lalu dia berpaling menuruni anak tangga semula.
"Esok pagi kan boleh keluar?" Shasha menahan langkah Hariz sekali lagi.
Hariz menarik nafas dalam. Buku lima digenggam kuat.
"Abang naik semula. Lagipun dah nak Isyak ni. Boleh kita solat sama-sama," kata Shasha.
Hariz menuruni anak tangga, menghiraukan kehadiran Shasha di tepinya. Tak betah dia mahu melayan. Serabut!
"Abang!" marah Shasha. Dia menarik kuat lengan Hariz. Sabarnya semakin menipis.
Sekelip mata, Hariz menolak tubuh Shasha sehingga wanita itu terjelopok jatuh. Jika Shasha tidak sempat memaut pemegang tangga, boleh patah kakinya.
Shasha memegang dahinya yang terhantuk di pemegang tangga. Dia mendesis sakit. Tak pernah dia sangka Hariz akan sekejam ini. Perlahan-lahan, kepalanya didongakkan memandang Hariz. Renungan lelaki itu tampak kosong.
Tubuhnya dibangunkan menghadap Hariz. Kaki yang sedikit terseliuh dibiarkan. Hatinya lebih sakit. Rasa marah, simpati dan kecewa membukit di dalam hatinya.
"Abang memang nak Sha mati ke hah?" Nada Shasha meninggi.
"Exactly! Tengok muka kau pun membuak-buak rasa benci dalam diri aku! Kau dah tahu aku nak keluar, yang kau menyemak depan muka aku dan halang aku kenapa?!" tempik Hariz. Timbul urat hijau di leher itu.
YOU ARE READING
SEADANYA KAMU (C)
RomanceKali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh! Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya! "Sha? What are you doing here?"...