𝟎𝟏

4.8K 148 9
                                        

2 tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2 tahun kemudian....

-Assalamualaikum Kak Sha, harini Rina MC lah. Sorry akak.

       KEPALA yang tidak gatal digarunya perlahan setelah membaca pesanan dari salah seorang pekerjanya. Aduh! Baru merancang nak berehat harini, dah kena masuk kedai. Hanya dengan bersiap ringkas, terus dia bergerak pantas ke destinasi.

Setibanya di hadapan kedai, dia memarkir keretanya di tempat yang disediakan. Dia berdiri tepat di hadapan kedai tersebut sambil mengeluh perlahan.

Rayana's Touch

Kedai bunga miliknya yang berhasil dibuka setelah penat lelah memujuk mama dan papa. Kata mereka, bekerja seperti ini tidak ada masa hadapan yang kukuh. Apatah lagi dia sudah selesai Degree in Human Resources. Lagilah mama dan papa membebel kerana lari bidang. Jauh pula tu.

Tapi itu setahun yang lepas, sewaktu dia berumur 25 tahun. Sekarang, mama dan papa sudah terbiasa dengan kerenah anak perempuannya yang seorang ini. Lagi dihalang, lagi dibuat. Maklumlah dimanjakan dari kecil.

Setelah pintu dibuka, terus dia memetik suis lampu dan pendingin hawa. Beg silang diletakkan di dalam loker dan dia melihat segala sticky notes dan kad yang dilekat di skrin komputer.

*Deliver flowers at Hashton Hotel*

Dahi ditepuk perlahan. Aish macam-macam eh? Nak kena hantar bunga pula. Entah majlis siapa, rasanya Rina lupa tulis namanya. Tanpa membuang masa, sticky note dan sekeping kad tersebut diambil dan dia mengatur langkah ke bahagian bunga-bungaan. Tangannya tangkas memetik setiap bunga yang tertera di dalam senarai itu.

Daisy, white roses and tulips.

Setelah yakin semuanya lengkap, dia membalut semua bunga tersebut dengan penuh hati-hati. Tidak mahu ada sebarang kerosakan sebelum bunga ini tiba di Hashton Hotel.

Kring kring! Loceng pintu berbunyi.

"Haa Zara! Sini. Akak nak kena cepat ni. Nak deliver bunga. Apa-apa hal telefon akak. Kalau ada pelanggan buat hal, kau jentik je dahi dia," pesan Shasha kepada pekerja yang bernama Zara itu.

Terkekek Zara ketawa. "Okay kak! Beres lah. Hati-hati bawa kereta. Jumpa jodoh jangan tolak," kata Zara bersama sengihan.

Shasha menjeling Zara tajam lalu terus membawa jambangan bunga ke arah Porsche Panamera 4 miliknya. Eh miliknya, tetapi duit papa. Rezeki jangan ditolak bukan? Jambangan tersebut dia letakkan di sebelahnya sahaja. Kalau jambangan yang besar, memang dia akan bawa kereta kedai yang tersedia. Lebih besar ruangnya.

 Lebih besar ruangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now