Kali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh!
Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya!
"Sha? What are you doing here?"...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SELESAI membersihkan diri, Shasha terus bersiap-siap untuk membekalkan makanan buat Hariz. Sudah dia pesan kepada suaminya untuk berehat sahaja memandangkan badannya masih panas, tetapi entah kenapa Hariz hanya mendiamkan diri. Tak mahu mengeruhkan sakit kepala yang dihidap Hariz, Shasha diamkan diri saja.
"Eh abang! Sha tak bekalkan makanan lagi. Kejap!" laung Shasha setelah melihatkan figura Hariz yang sedang berjalan ke arah pintu keluar.
Kelam-kabut dia mengeluarkan bekas makanan dan mengisikan nasi serta lauk daging merah yang dimasaknya. Setelah siap, dia berlari anak ke arah pintu..
Shasha tergamam. Kereta milik Hariz baru saja bergerak membelah jalan raya. Dia hanya terkaku di pintu memikirkan perilaku Hariz yang sangat lain. Selalunya, Hariz akan bertemu dengannya dahulu. Mencium dahinya, mengusik barulah dia akan bergerak pergi. Tetapi kenapa harini Hariz menonong pergi tanpa berkata apa-apa? Walaupun satu patah perkataan tak pernah keluar dari mulut Hariz sejak pagi tadi.
Shasha mengeluh. "Tak apalah. Mungkin ada hal penting kot? Tak mungkinlah abang tiba-tiba tak nak cakap dengan Sha kan?" gumamnya sendirian.
Kakinya menapak ke dapur semula bagi mengemaskan kerjanya yang tergendala tadi. Tidak lama masa yang diambil, hanya lima minit saja. Makanan yang dibekalkan untuk suaminya turut dibawa sekali.
Setelah memboloskan diri ke dalam kereta, dia memandu ke arah universiti Hariz mengajar. Ingin menghantar bekalan. Mana lah tahu Hariz sebenarnya tergesa-gesa sehingga terlupa akan Shasha. Mustahil tetapi Shasha cuba bersangka baik terhadap suaminya.
Entah kenapa kata-kata yang terluncur dari bibir Tiara terngiang-ngiang di dalam kepalanya. Seperti satu musik yang berputar-putar di dalam kepalanya. Tak mungkin hati Hariz tiba-tiba beralih kepada wanita itu. Mustahil!
Terlalu banyak berfikir, sedar-sedar saja dia sudah tiba di kawasan parkir universiti. Keretanya diparkir dan bekal dibawa ke dalam genggaman.
"Cari Hariz ke?" tanya Haider yang baru tiba.
"Ya, dia dekat mana?" tanya Shasha. Entah dari mana si Haider ni datang.
"Dia baru sangat keluar semula," jawab Haider. Matanya melirik ke arah bekalan di dalam genggaman Shasha.
"Oh, ke mana?" tanya Shasha lagi.
"Tak pasti. Nak saya bagi dekat Hariz ke bekal tu?" tanya Haider. Mulutnya dimuncungkan ke arah bekalan.
"Um tak apalah. Thanks by the way." Shasha memusingkan tubuh, berjalan ke kereta semula.
Dia bersandar di tempat duduk setelah masuk ke dalam kereta. Telapak tangan kanannya diangkat dan diletakkan di dada. Diurut perlahan.
Kenapa dia rasa sakit? Dia tak sepatutnya rasa sebegini. Adakah dia yang mengada? Padahal Hariz cuma terlupa saja bukan?
Lelah hati memikirkan, akhirnya setitis air mata jatuh jua di pipi. Dia benci akan tangisan yang datang dari dirinya. Membuatkan dia tampak lemah. Mengingatkan dia pada masa lalu. Namun, apabila melibatkan Hariz, kenapa mudah sangat air matanya tumpah? Kenapa peranan Hariz dalam hidupnya sangat mendalam bagaikan dia tak mampu hidup tanpa lelaki itu?