𝟐𝟐

1.7K 76 6
                                    

PERUT yang semakin mencengkam membuatkan Shasha meringkuk sakit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PERUT yang semakin mencengkam membuatkan Shasha meringkuk sakit. Tidak mampu tegakkan tubuh langsung. Nafas ditarik dan dihela perlahan-lahan. Mengharapkan sakitnya akan reda. Hariz pun tak ada. Dia sudah mula mengajar semula. Tinggallah dia seorang diri di kondo ini.

Telefon bimbitnya bergetar. Nama pemanggil dikerling sebelum dia berdehem perlahan.

"Hi abang," sapanya.

"Sweety nak makan apa? Abang nak bungkuskan ni." Hariz bertanya sambil berjalan ke arah keretanya.

"Erm apa-apa jelah," jawab Shasha.

"Are you okay? Kenapa suara lain?" tanya Hariz.

"I'm fine. Tak perlu risau lah," balas Shasha.

"Abang kenal isteri abang macam mana. Wait for me, Sha. I'm heading home." Panggilan dimatikan. Laju kereta Hariz membelah jalan raya.

Namun, lain bagi Shasha. Lagi dihalang, lagi dia buat. Tubuhnya dibangunkan perlahan-lahan. Dia menapak ke ruangan dapur. Dia tak sempat memasak apa-apa pun. Takkanlah Hariz balik kelaparan, tapi tiada apa untuk dimakan kan? Isteri jenis apalah dia.

"Ouch." Dia terbongkok menahan sakit. Inilah nasib wanita seperti dia. Menanggung satu kesakitan yang mungkin tak akan hilang.

Dia mengalah. Tubuhnya perlahan-lahan melorot ke lantai. Lutut dibawa rapat ke dada. Kepala ditundukkan. Menahan tangis kerana sakit. Hampir 10 minit dia berkeadaan sebegitu.

"Sha? Abang dah balik ni!" laung Hariz dari pintu utama.

"Sweety? Where are you?" tanya Hariz lagi setelah melihatkan isterinya tidak ada di dalam bilik mereka.

"Ya Allah. Sha! Kenapa ni?" Hampir luruh jantungnya melihatkan isterinya yang terduduk di lantai dapur.

"Sha tengah period ya? Kenapa tak makan ubat ni? Kan abang dah pesan untuk makan?" Tangannya mengangkat wajah Shasha yang tertunduk. Pucat dan lemah wajah itu.

"Tak jumpa ubat. Sha lupa Sha letak mana lepas kita kemas-kemas," jawab Shasha dengan lemah.

"Kenapa tak tanya abang terus? Abang ada simpan extra untuk Sha. Jom, masuk bilik." Tubuh Shasha dicempungnya. Automatik tangan Shasha memeluk lehernya.

"Maaf susahkan abang," ujar Shasha perlahan. Tubuhnya didudukkan di atas katil.

"Hey hey. Jangan sesekali cakap Sha susahkan abang eh? Abang tak suka. Sha tanggungjawab abang. Amanah untuk abang yang diberi oleh Allah." Tegas Hariz berkata.

Dia kemudiannya melangkah laju ke dapur. Ubat di dalam kabinet dicapai. Bersama-sama dengan hotpad yang tersedia dari awal. Gelas berisi air turut dibawa masuk ke bilik.

"Makan ubat ni." Sebiji pil disuakan ke arah Shasha. Tanpa perlu dipaksa, laju Shasha menelan pil itu.

Lalu tubuhnya dibaringkan ke atas katil. Dia meringkuk menahan sakit semula. Dia tahu, pil itu tidak memberi kesan yang mendalam pun. Dia cuma harap sakitnya dapat berkurang walaupun sikit.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now