𝟏𝟒

2.7K 132 18
                                        

         HARINYA berjalan seperti biasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARINYA berjalan seperti biasa. Tepat pukul 10 pagi, dia sudah terpacak di dalam floristnya. Bau wangian bunga segar merebak masuk ke dalam hidungnya.

"Morning akak!" sapa Rina.

"Morning, Rina. Dah makan ke?" tanya dia.

"Belum, tengahari nanti lah." Rina menjawab sambil mengelap cermin kedai.

"Meh sini. Akak ada beli nasi lemak lebih. Jom makan dulu sementara tak ada pelanggan ni," pamit Shasha. Nasib dia terdetik nak belikan lebih.

"Yeay! Ni sayang akak lebih." Laju Rina menapak menghampirinya.

"Oh selama ni tak sayang lah?" Picing matanya merenung Rina.

"Eh bukan macamtu. Akak ni...." Bibirnya dijuihkan.

"Nah, makanan kau." Satu bungkusan nasi lemak diberikan kepada Rina.

Mereka melabuhkan kerusi di kaunter hadapan lalu masing-masing menjamu selera. Biasanya, waktu pagi macam ni, jarang ada pelanggan. Bolehlah mereka bersarapan dan kemaskan apa yang patut.

        JAM yang tergantung di atas pintu masuk diperhatikan Shasha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JAM yang tergantung di atas pintu masuk diperhatikan Shasha. Sudah hampir pukul 6. Cepat betul masa berlalu. Matanya kembali tertumpu pada pasu di hadapannya. Daun yang layu dipotong. Tak mahu mencacatkan keindahan bunga yang segar.

"Akak, Rina gerak delivery dulu eh?" celah Rina sambil memegang utuh sejambak bunga baby breath berwarna merah jambu, dan merah.

"Hati-hati," pesan Shasha. Memang selalunya bunga baby breath yang cepat habis. Dia sendiri tak tahu kenapa agak ramai wanita yang minat dengan bunga tersebut. Mungkin kerana kecil dan comel?

Sedang dia ralit membuat kerja, ada satu suara menyapanya. Ah dia tak sedar dengan bunyi loceng pintu gamaknya.

"Ya encik?" Saat dia tolehkan kepalanya ke tepi, tangannya terus terkaku.

"Sha..." Suara itu berbunyi lagi.

Naik turun dada Shasha menahan rasa. Namun, riak wajahnya cuba dineutralkan.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now