𝟎𝟖

1.7K 92 3
                                    

       KEMANA saja langkah yang dituju Shasha Rayana, pasti Hariz Nufael akan berada di belakangnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       KEMANA saja langkah yang dituju Shasha Rayana, pasti Hariz Nufael akan berada di belakangnya. Dah seperti bodyguard saja. Selesai sahaja majlis hari jadi Zayra Alana, mereka berdua terus ingin bergerak pulang.

"Thank you aunty Sha!" Zayra memeluk kaki panjang Shasha lama sebelum Shasha melepaskan tautan lengan kecil di kakinya. Dia duduk melutut di hadapan Zayra dan dahi itu dicium lama.

"Aunty harap Zayra suka hadiah tu nanti. Happy Birthday again, budak kepoh kesayangan aunty. Jaga mummy dan daddy baik-baik eh." Pipi Zayra diusap dengan lembut.

"Okay aunty. Promise," kata Zayra diselangi ketawa halusnya.

"Thank you juga uncle Hariz!" Kaki milik Hariz pula dipeluknya.

"Ingat pesan aunty Sha tu. Jaga mummy dan daddy baik-baik. Jangan lupa juga untuk doakan uncle kahwin cepat-cepat." Hariz membongkokkan dirinya dan menyimpan senyum setelah mengerling Shasha sekilas lalu.

"Okay uncle! Tapi.... dengan siapa uncle nak kahwin?" tanya Zayra.

"Dengan rapunzel," jawab Hariz.

Zuhal dan Mikayla terus terlepas tawa mereka. Tergeleng-geleng kepala mereka melihatkan perangai Hariz.

"Rapunzel?" tanya Zayra.

"Haah, rapunzel cantik yang tengah berdiri tepi mummy tu," jawab Hariz.

"Hariz Nufael! Jangan pandai nak kelentong budak-budak eh? Sejak bila pula saya nak kahwin dengan awak?" Shasha menapak menghampiri Hariz sambil memeluk tubuh.

Terus Hariz menegakkan tubuhnya dan kedua-dua tangan diangkat ke udara seperti pesalah. "Tak tak, saya bergurau ja Sha."

"Gedik," jeling Shasha.

"Gedik dengan awak ja. Tak salah kan?" bidas Hariz.

"Ha sudah! Jangan nak bergaduh depan rumah aku pula." Terus Zuhal memotong perbualan mereka.

"Awak tunggu eh." Shasha memberi amaran namun hanya dibalas dengan jongketan bahu Hariz.

       HARIZ NUFAEL berjalan ke tengah-tengah gelanggang setelah namanya dipanggil untuk menggantikan rakan setugasnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       HARIZ NUFAEL berjalan ke tengah-tengah gelanggang setelah namanya dipanggil untuk menggantikan rakan setugasnya. Hari ini merupakan hari sukan sedunia. Jadi, dia secara tidak langsung turut melibatkan diri di dalam salah satu acara yang disediakan iaitu bola keranjang.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now