"ABANG! Sha tak main-main lah. Jangan kacau boleh tak." Dada bidang Hariz ditolak kuat ke belakang. Dia mendengus geram dengan perangai Hariz yang tak ubah seperti kebudak-budakan.
"Garangnya isteri abang ni. Siapa yang buat dia marah ni?" Semakin galak Hariz mengusik. Geli hatinya melihat wajah Shasha bertukar kemerahan.
"Abang lah yang buat. Sha nak tidurlah abang. Letih tahu tak?" bebel Shasha. Wajah Hariz dijeling tajam.
"Sha tak ingat ke harini hari apa?" soal Hariz.
Shasha diam. Matanya naik memandang Hariz bersama sengihan di bibirnya. Kepala dianggukkan laju. Bertaut terus kening Hariz melihat betapa drastiknya emosi isterinya boleh berubah. Kaum hawa memang macam ni mungkin?
"Sha tak lupalah. Sha ada hadiah untuk abang. Tunggu tau!" Dia berlari anak menuju ke dalam bilik. Beg tangan yang tergantung diambil dan sekotak hadiah dicapai.
Kemudian dia kembali semula bersama sengihan di bibir. Huluran kotak kecil disuakan ke arah Hariz. "Nah, Happy 4th Anniversary, abang."
"Comelnya isteri abang ni." Hariz tergelak kecil melihat telatah Shasha. Digosoknya lembut kepala itu.
Tangan naik membuka penutup kotak itu. Tersungging senyuman di pinggir bibir. "Tali leher? Cantik. Abang suka. Terima kasih, sweety." Belakang leher Shasha dipegang dan ditarik ke arahnya lalu dikucup dahi itu lama.
"Hadiah Sha tak seberapa pun. Harap abang suka lah. Sha tengok abang tak pernah pakai pun tali leher warna merah gelap ni." Matanya dibundarkan.
"I love it, okay! Sha tak bagi apa-apa pun abang tak kisah. I just need you by my side. That's all," balas Hariz.
Shasha tersengih malu.
"Okay, it's time for my surprise." Hariz bangun dari duduknya, sambil tangan menarik Shasha untuk turut sama berdiri. Kemudian, sehelai kain di dalam poket diambil lalu dibawa ke hadapan wajah Shasha.
"Ala, kena tutup mata ke?" Shasha menjuihkan bibir.
"Nama pun kejutan." Usai berkata, dia mengikat ikatan kain itu pada mata Shasha.
Kemudian, dia memegang bahu Shasha dan menolak ke arah ruang tamu lalu ke ruang makan. "Abang harap Sha suka," katanya lalu melepaskan ikatan pada mata Shasha.
Shasha terdiam setelah melihat pemandangan di hadapan matanya. Rahangnya hampir terjatuh. "Abang?! Cantik sangat ni!"
Ruang makan yang dipenuhi cahaya yang datang dari lilin bersusunan di atas meja makan. Makanan pun sudah tersedia, baunya menggoda hidung. Shasha memusingkan tubuhnya menghadap Hariz, menatap suaminya dengan senyuman penuh terharu.
"Terima kasih, sweety. Sha melengkapkan hidup abang. Empat tahun yang penuh bermakna." Pinggang Shasha dirangkul dan membawa tubuh isterinya ke dalam dakapan.
Shasha tersenyum manis di dalam dakapan itu. "Terima kasih juga kerana mencintai Sha seikhlas hati abang. And, this is perfect! Patutlah abang bukan main beria halang Sha untuk keluar dari bilik. Berjam kot Sha duduk seorang diri." Pinggang Hariz dicubit perlahan.
Hariz tertawa senang. Hanya itu saja yang dia terfikir untuk lakukan. Tidak lama kemudian, mereka berdua melabuhkan duduk di meja makan dan menjamu makanan yang dimasak oleh Hariz sendiri.
Usai makan malam, kedua-dua mereka bersama-sama mengemaskan meja dan dapur. Hariz sudah menghalang tetapi Shasha berkeras mahu membantu. Dia tak sampai hati membiarkan Hariz seorang diri. Sudahlah suaminya bertungkus-lumus menyediakan semuanya sebentar tadi.
Dan kini, mereka berdua berbaring di atas sofa. Shasha mendaratkan kepalanya ke dada bidang Hariz. Dia suka dengan posisi itu. Sangat selesa. Entah kenapa, kepalanya mula memikirkan perihal yang satu itu. Tanpa sedar, keluhan terlepas dari celahan bibir.
YOU ARE READING
SEADANYA KAMU (C)
RomansaKali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh! Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya! "Sha? What are you doing here?"...
