SHASHA mencelikkan matanya perlahan-lahan. Tubuhnya diregangkan. Sisi katil diraba-raba.
"Abang?" Shasha memanggil Hariz. Hairan apabila tempat tidur sebelahnya kosong. Padahal awal lagi.
Tanpa menunggu lama, Shasha bingkas bangun dan berlalu ke bilik air. Wajahnya dicuci dan gigi digosok. Setelah selesai, dia membawa langkah keluar bilik.
Buka saja daun pintu, hidungnya menangkap bau-bauan enak. Terbit senyuman di bibirnya. Dia mengjengketkan kaki perlahan-lahan menghampiri dapur. Tiba sahaja di dapur, dia terlihat figura Hariz yang leka memasak.
Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri Hariz dan dia meniup angin lembut di leher suaminya.
"Astaghfirullah. Terkejut abang!" Ternaik bahu Hariz apabila merasakan angin di lehernya. Pusing saja kepala, terpampang wajah Shasha yang tersengih.
"Awalnya abang bangun? Masak pula tu? Kenapa tak tunggu Sha?" Shasha melentokkan kepalanya di sisi bahu Hariz.
"Kan isteri abang ni tak sihat. Taknak lah abang ganggu. Ni perut dah okay? Tak sakit?" Tumpuan Hariz beralih kepada isterinya. Sudip di tangan diletak di tepi dapur.
"Sekarang dah okay. Tapi macam biasalah, kejap lagi mesti sakit balik." Shasha memuncungkan bibirnya.
"Nanti kalau sakit, cakap dengan abang. Abang urutkan. Dah pergi duduk dulu," arah Hariz dengan lembut.
"Taknak. Nak tolong masak." Shasha mengambil sudip di tepi dapur dengan pantas.
"Shasha Rayana, pergi duduk. Bagi sini sudip tu." Hariz menyuakan tangannya. Keningnya diangkat-angkat.
"Taknak. Werk." Lidahnya dijelirkan. Sengaja ingin menganggu ketenteraman suaminya.
"Hey abang!" Terjerit kecil saat kakinya tidak lagi memijak lantai. Dengan sekelip mata Hariz membawanya ke dalam dukungan.
"Abang cakap elok-elok taknak." Mudah saja Hariz mencempung Shasha. Dia melangkah ke arah kabinet kosong di sebelah.
"Duduk sini diam-diam. Abang bagi tengok ja." Punggung Shasha diletakkan di atas kabinet itu.
Kini, paras mata mereka sama.
"Garang." Shasha memeluk tubuh.
"Yelah sweety. Selalunya Sha ja buatkan sarapan untuk abang. Kalini, biarlah abang pula yang buat." Hidung mancung Shasha dikucup sesaat.
"Yelah. Maaf sebab kacau abang." Shasha menunduk.
"Hei hei. Abang tak marahkan Sha lah. Merajuk kenapa pula ni?" Dagu Shasha dipegang dengan jari telunjuk.
"Mana ada merajuk. Saja nak mengada." Shasha senyum lebar.
"Macam-macam eh?" Hariz menggelengkan kepalanya.
Tubuhnya yang dipusingkan untuk menyambung memasak, ditahan oleh Shasha.
"Ya isteriku? Nak apa?" Tangan Shasha di bajunya dipegang lembut. Tunak matanya memandang riak wajah Shasha yang agak lain. Terbit rasa risau.
YOU ARE READING
SEADANYA KAMU (C)
RomanceKali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh! Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya! "Sha? What are you doing here?"...