"WERK, UWERK!" Terbongkok-bongkok tubuh Hariz memuntahkan isi perut.
Shasha menekup mulutnya melihatkan darah berwarna hitam yang keluar dari mulut Hariz. Luruh air matanya melihat Hariz menahan sakit sedari tadi.
"Abang mm...minta maaf. Abang ga.ggal." Bergetar bibir Hariz mengungkapkan kata maaf kerana melawan rasa sakit di dalam tubuhnya. Saat ini, baru dia boleh mengungkap kata-kata maaf. Tubuh dan mindanya memang benar-benar dikawal sebelum ini.
"Abang tak salah. Abang tak pernah gagal. Tolong bertahan demi Sha ya?" Rambut Hariz yang terjuntai di dahi diselak ke belakang.
Memori pagi tadi kembali terimbas. Pulang saja dari rumah Ayyan dan Mikayla, terus dia memujuk Hariz berbuat rawatan walaupun ditengking berkali-kali. Nasiblah Ayyan dan Mikayla mengikutinya. Akhirnya, mereka hanya memanggil seorang pakar rawatan Islam ke rumah.
"Memang benar ada gangguan. Ada orang yang tak senang melihat kebahagiaan kamu berdua."
Kata-kata ustaz tersebut terngiang-ngiang di dalam telinga Shasha. Lemah lututnya saat mengetahui orang terapat dengannya merupakan dalang semua ini.
"Amalkan baca surah Al-Fatihah, ayat al- Kursi, surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah Al-Nas berulang kali.
"أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.
Berdasarkan hadis Riwayat al-Bukhari, nombor 5750.Wahai Tuhan sekalian manusia! Hilangkanlah kesukaran dan berikanlah penyembuhan kerana Engkaulah Penyembuh. Tiada penyembuhan melainkan Penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit. Bacakan ni sambil usap anggota badan yang terasa sakit," kata ustaz tersebut lalu menyerahkan helaian kertas berisi surah-surah yang boleh dibaca.
Shasha hanya mampu mengangguk lemah. Tangan kanannya menyambut huluran helaian kertas, manakala tangan kirinya lembut mengusap belakang badan Hariz yang masih muntah.
"Kk.. kalau dia tak sembuh?" Lirih Shasha.
"Berdoalah pada Allah. Dia yang Maha Berkuasa. Hidup dan mati semuanya kerja Allah. Apa pun, jangan berhenti berdoa. Doa senjata kita untuk melawan mereka. Kalau boleh, paksalah suami kamu solat dan mengaji. Sekalipun dia taknak mengaji, kamu tolong bacakan untuk dia," jawab ustaz.
"Terima kasih," ucap Shasha.
Mikayla yang simpati melihat sahabatnya terus datang menghampiri mereka. Tubuh Shasha dipeluk dari tepi. Manakala Ayyan sudah membantu Hariz membersihkan diri.
"Hiaskan rumah ni dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran," pesan ustaz tersebut lalu berlalu pulang.
Shasha terduduk di lantai. Tangannya dibawa ke wajah. Terhinggut-hinggut bahunya menahan rasa. Kenapa mereka diuji sebegini berat?
YOU ARE READING
SEADANYA KAMU (C)
RomansKali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh! Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya! "Sha? What are you doing here?"...