Kali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh!
Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya!
"Sha? What are you doing here?"...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"ALHAMDULILLAH, semuanya dah selesai," ucap Hariz sambil memeluk tubuh Puan Nurul.
Setelah hampir dua bulan menunggu Encik Sharif membuat keputusan, akhirnya mereka berdua rujuk semula.
"Tak mampu umi nak ungkapkan terima kasih kepada kamu Hariz. Tambah-tambah lagi kepada Sha." Pandangan Puan Nurul jatuh kepada Shasha.
Dia meleraikan pelukan bersama Hariz dan menapak ke arah Shasha. Tangan Shasha dicapai penuh lembut.
"Terima kasih kerana berikan umi peluang. Memang benar, kamu seorang anak yang baik. Cuma umi butakan mata dan hati kerana kekurangan kamu. Maafkan umi ya?" Lirih Puan Nurul berkata.
Shasha tidak menjawab, malah dia pula menarik tangan Puan Nurul merapati tubuhnya lalu didakap erat.
"Kita semua pendosa umi. Janji kita dah menyesal dan bertaubat. Siapalah Sha nak pandang rendah dengan umi hanya kerana satu kesilapan?" kata Shasha setelah berdiam diri agak lama.
"Aish apa yang lama sangat tu?" keluh Encik Sharif. Sudahlah mereka tercegat tengah-tengah panas.
"Hahahah maaf lah abi. Bukan selalu nak berdrama kan?" seloroh Shasha. Pelukannya bersama umi dileraikan.
"Panas Sha. Nak abang demam ke?" Kenyitan mata dihadiahkan oleh Hariz kepada Shasha.
"Euw mengada. Kena panas sikit pun demam?" Shasha membuat mimik muka. Matanya dijulingkan ke atas.
"Lah bergaduh pula abang dengan akak ni. Cepatlah, Medina nak balik." Kakinya dihentakkan perlahan.
"Satu keluarga mengada," ucap Encik Sharif perlahan, namun dapat ditangkap oleh mereka semua.
"Jom? Sha dah masak macam-macam tu dekat rumah. Semuanya terjamin sedap." Hariz mengangkat ibu jarinya ke udara.
"Akak Sha masak memang sedap. Abang ja masak tak sedap." Medina menjelir lidah. Sengaja ingin memanaskan hati abangnya.
"Kau ni kan." Hariz memicingkan matanya.
"Sudah, kesian umi dan abi lapar." Shasha menarik lengan Hariz.
Terletus ketawa masing-masing. Benarlah, pelangi itu akan ada setelah hujan. Biarpun salah yang dilakukan umi itu besar, namun siapalah kita untuk terus menghukum setelah umi berubah? Dan Shasha sangat bersyukur dia mampu menyatukan kembali keluarga suaminya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.