𝟒𝟓

3.7K 143 2
                                        

                Seharian ditahan di hospital, akhirnya Hariz dibenarkan pulang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                Seharian ditahan di hospital, akhirnya Hariz dibenarkan pulang. Cumanya doktor berpesan untuk merawat luka tusukan itu dengan kerap.

“Abang boleh bawakan beg sendiri, sweety.” Beg di dalam pegangan Shasha diambil dan digalas.

“Abang kan tak sihat,” balas Shasha. Tak mahu bertikam lidah kerana dia tahu betapa degilnya Hariz, dia membiarkan sahaja perlakuan suaminya.

“Abang betul ni nak balik rumah kita? Taknak balik rumah abi dulu?” Shasha menyoal dengan perlahan.

Dia baru mendapat tahu penceraian abi dan umi. Sejujurnya dia terkejut. Tidak sangka abi akan senekad itu. Terbit rasa serba salah seolah-olah dirinya menjadi punca.

“Taknak. Abang nak berdua-duaan dengan isteri abang. Boleh kan?” Hariz melingkarkan lengannya di leher Shasha.

“Eee abang! Tudung Sha tak jadi lah nanti!” Lengan kekar Hariz cuba dirungkaikan. Sayang sekali, kekuatan Hariz menandingi kekuatannya.

“Apa salahnya kalau tak jadi?”

“Nanti buruklah muka Sha!” Bibirnya dicebikkan.

Mereka melangkah masuk ke dalam lif. Punat berhuruf G ditekan.

“Jadi? Biarlah abang seorang ja yang tahu betapa cantiknya isteri abang ni.” Hariz mencuit hidung isterinya.

“Lagipun... you’re still gorgeous, my sweet fleur. Sha pakai apa pun tetap akan nampak seperti bidadari.” Kali ini, dia merapatkan dahinya bersama dahi Shasha.

“Puji melebih nampak? Nak apa-apa ke?” Shasha menjeling Hariz setelah menolak tubuh Hariz menjauhinya. Risau kalau pintu lif tiba-tiba terbuka.

“Nak!” Pantas Hariz menjawab.

Shasha mengjongketkan kening kanannya sambil memeluk tubuh. Ternanti-nanti apa yang bakal keluar dari mulut Hariz.

“I want to be with you forever. Is that fine with you?” soal Hariz, menyimpan senyum.

“Soalan jenis apa tu?” Shasha melarikan anak matanya. Mahu menyembunyikan rasa malu dan wajahnya terasa berbahang.

“Soalan jenis hidup dan mati,” usik Hariz. Jarinya mencapai dagu Shasha lalu dibawa lembut menghadap wajahnya.

“Mestilah boleh. After all, you're my husband. With whom else am I going to spend the rest of my life?" Shasha membalas malu kerana tatapan lama Hariz.

Ting! Pintu lif terbuka. Laju mereka berdua menjarakkan diri.

You were blushing just now. I love it.” Hariz merapatkan bibirnya ke telinga Shasha. Senyuman senget ditayang.

“Diam abang. Jangan sampai Sha lari tinggal abang dekat sini. Berkawanlah dengan si Harraz tu.” Jelingan tajam diberi sebagai amaran.

Terlepas ketawa Hariz. Dadanya yang terasa ngilu dipegang. “Sampai hati eh?”

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now