Kali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh!
Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya!
"Sha? What are you doing here?"...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"GOOD MORNING, ISTERIKU." Hariz terus mencium pipi Shasha yang telah tersedar.
"Hm.. Pukul berapa ni?" tanya dia sambil mengeliat kecil.
"11 pagi dah sweety. Pergi mandi cepat. Abang tunggu ni," kata Hariz selamba. Manakala Shasha terus berdiri laju.
"11 pagi?! Kenapa tak kejut Sha?!" Kelam-kabut tuala dicapai. Kenapa dia boleh terlajak tidur? Malunya. Sudah lah hari pertama di rumah umi dan abi.
"Take your time, sweety! Umi dan abi tak ada pun. Tengah tengok dewan untuk malam nanti." Hariz melepaskan tawanya. Bukannya dia tak mahu kejut. Tapi jatuh rasa simpati melihatkan wajah itu nyenyak tidur.
Sementara menunggu isterinya habis membersihkan diri, dia menapak ke bawah bagi memanaskan sarapan. Api dapur di buka dan dia menggaul sedikit bihun goreng di dalam kuali tersebut. Langkah diatur ke kabinet dapur pula dan serbuk nescafe 3 in 1 dicapainya.
Terhenti sekejap tangannya. Adakah isterinya minum minuman berkafein? Lama dia memerah otak untuk mengingatkan semua pertemuan mereka.
"Oh ya! Dia pernah minum mocha." Terus dia menyambung apa yang patut.
"Abang! Kenapa buat kerja dapur ni? Kan Sha suruh tunggu tadi?" panggil Shasha dari belakang. Cepat betul dia mandi. Tak mahu suaminya tertunggu lama pula.
"Lah? Apa salahnya kalau abang buat kerja dapur pun?" balas Hariz. Dia menapak pula ke arah bihun yang sedang dipanaskan.
Namun pantas sahaja Shasha menarik tubuhnya ke belakang. "No! Biar Sha buatkan. Patutnya isteri yang sediakan sarapan tau. Bukannya suami."
"Shasha Rayana ku sayang, undang-undang apa tu? Isteri abang ni bukannya orang gaji atau hamba. Kita sama-sama kahwin, sama-sama lah kita saling membantu. Jangan cakap macam tu lagi. Rasa macam abang pergunakan Sha pula." Usai habis kata, dia memeluk tubuh Shasha dari belakang.
"Abang, takkan nak tenaga lagi kot?" perli Shasha.
"Nak peluk saja pun tak boleh eh?" Terus lingkaran dilepaskan dan dia menapak keluar dari dapur.
"Eh abang! Sha bergurau lah." Api dapur ditutup pantas. Langkah kaki laju menyaingi suaminya. Lalu tubuh itu didakap erat.
"Maaf. Sha cuma bergurau. Abang janganlah terasa eh? Sha tak nak pecah rekod dunia baru sehari jadi isteri dah derhaka." Sengaja dia membulatkan matanya dan dikerdipkan berkali-kali ke arah Hariz yang sedang merenungnya.
"I could never be mad at you, sweety. Look at yourself, how can I resist your cuteness?" Tersengih lebar Hariz.
"Oh kalau tak comel, abang taknak maafkan Sha la?" Giliran dia pula bergurau.
"Amboi-amboi. Mana pergi Shasha yang garang abang kenal eh? Lepas kahwin terus pandai berlakon merajuk?" Hidung isterinya dicium sekilas lalu.
"Kalau abang nak Sha jadi garang boleh je." Sengaja ditekan suaranya.