𝟎𝟔

3.1K 139 2
                                        

       "RIZ, you can stay," kata Shasha perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "RIZ, you can stay," kata Shasha perlahan.

Tubuhnya didudukkan perlahan-lahan. Tangan mengetatkan ikatan rambut yang longgar kerana terbaring.

"Pucatnya muka awak," kata Hariz sambil membetulkan pinggul di atas lantai berhadapan dengan Shasha.

"Sakit sangat ke?" tanya Hariz lagi.

Kepala Shasha terangguk. Setelah melihat jawapan Shasha, laju saja tangan Hariz menolak ubat-ubatan ke arah Shasha.

"Saya tak tahu awak makan yang mana. Awak pilihlah." Hariz menjarakkan diri semula.

Mata Shasha dilirikkan ke arah ubat-ubatan yang berselerak di atas lantai. Tangannya mencapai Panadol Menstrual Relief dan Blood Menstruheat Patch.

"Ambilkan botol saya dekat depan boleh tak? Botol warna lilac," tanya Shasha antara dengar tak dengar.

Namun, laju saja Hariz menapak keluar. Tidak sampai 10 saat, dia kembali semula.

Ubat yang berada di dalam genggaman Shasha dibuka dan ditelan. Air diteguk sebanyak mungkin. Dahaga! Perut kembali mencengkam, automatik wajah Shasha berkerut dan tangannya diletakkan di kiri dan kanan pinggang.

"Pakailah patch tu," celah Hariz yang hanya merenung Shasha dengan diam sedari tadi.

"Macam mana saya nak pakai kalau awak tengah tenung saya?" Wajah Hariz dijeling tajam.

"Eh, maaf. Awak pakailah. Nanti dah siap, panggil saya." Dia menapak keluar semula.

Laju tangan Shasha membuka patch tersebut dan dilekatkan pada perut. Setelah 5 minit, panasnya mula terasa. Ah lega sedikit. Bungkusan ubat yang berselerak dimasukkan ke dalam plastik semula. Tidak lupa pada jambangan bunga yang diberikan Hariz. Dia bangun perlahan-lahan dan mengatur langkah ke luar.

"Eh Sha? Kenapa bangun ni? Kenapa tak panggil saya?" Bertalu-talu soalan dituju setelah Hariz melihat figura Shasha yang telah keluar dari bilik tersebut.

"Saya dah okay sikit. Riz, ubat banyak-banyak ni nak buat apa?" tanya Shasha sambil menghulurkan sebungkus plastik ke arah Hariz.

Hariz menggaru kepalanya perlahan sambil tersengih, "Saya pun tak tahu. Awak simpan jelah. Kalau ada pekerja atau pelanggan awak memerlukan, awak bagi ja pada dorang."

Hanya anggukan yang dibalas Shasha. Dia membongkokkan tubuh dan meletakkan kepalanya di atas meja, berhadapan wajah Hariz. Seketika kemudian, rasa sakit itu kembali.

"Duduk, Sha." Hariz menolak bahu Shasha menggunakan pen yang dipegangnya.

"Terima kasih, berapa ubat dan coklat tu tadi?" tanya Shasha.

"Sama-sama kasih, dan ubat tu saya belikan ikhlas. Jadi, tak perlu bayar semula," jawab Hariz sambil menongkat dagu.

"Bunga ni.... dari sini kan?" tanya Shasha sambil mendekatkan hidung dengan bunga.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now