Kali pertama bertemu, mereka bagaikan anjing dengan kucing. Suka bergaduh!
Namun mereka terpisah buat sementara waktu. Masing-masing membawa haluan sendiri. Bagi Hariz, dia rindukan wanita yang suka melawan katanya!
"Sha? What are you doing here?"...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TERGESA-GESA Shasha menapak masuk ke dalam rumah setelah jeritan Hariz kuat kedengaran sehingga ke luar.
"Abang?" panggil Shasha. Dia berlari ke atas apabila bunyi riuh-rendah ternyata datang dari biliknya.
"Berhenti Riz. Ingat Allah." Arlan sedaya upaya memegang lengan Hariz dari memukul diri sendiri. Fawwaz pula sibuk mengelap wajah Arlan dengan kain basah.
Hampir terjelopok Shasha melihat mereka.
"Kenapa ni?" tanya Shasha.
"Tak tahu. Tiba-tiba dia meracau teruk," balas Fawwaz.
"Abang, Sha ni." Tubuh Arlan ditolak ke tepi dengan lembut.
Nafas laju Hariz tiba-tiba menjadi perlahan. Arlan dan Fawwaz berpandangan sesama sendiri.
"Sha nak bersendirian dengan Hariz kejap." Wajah Arlan dan Fawwaz dipandang bersilih-ganti.
Mereka berdua hanya mengiakan. Daun pintu ditutup rapat.
Shasha menarik Hariz ke dalam pelukannya. Dia membisikkan kalimat-kalimat suci di telinga Hariz. Detak jantung yang sedari tadi laju kembali tenang.
"Lawan, abang. Abang kan kuat? Jangan biarkan dia kawal abang," pinta Shasha.
Tubuhnya dijarakkan, wajah Hariz dipandang lama. Tangan Shasha bergerak ke rambut Hariz, lalu dirapikan semula. Kemudian, perlahan-lahan tangannya turun ke wajah Hariz.
Lama Shasha memandang wajah Hariz. Pandangan mata Hariz tampak kosong tidak bernyawa, namun dia tahu Hariz sedang berlawan. Dia tahu Hariz sedang mencuba.
Pipi berkumis nipis itu dibelai perlahan. Ini lah yang terpaksa suaminya hadap. Ada kalanya kelihatan normal, namun bila-bila masa sakit itu akan menyerang.
"Abang nak tidur?" tanya Shasha.
Hariz gelengkan kepalanya.
"Kita duduk luar nak?" ajak Shasha. Mahu Hariz terkena cahaya matahari sikit memandangkan biliknya tidak seratus peratus dimasuki cahaya.
Hariz angguk. Langsung Shasha tersenyum lebar. Dia menyuakan tangannya dan menunggu Hariz.
Semakin lebar senyuman di bibir tatkala Hariz menyambut tangannya. Dia menyilangkan lengannya bersama-sama lengan kekar Hariz.
"Korang nak ke mana?" tanya Fawwaz sebaik sahaja Hariz dan Shasha melangkah keluar dari bilik.
"Duduk gazebo ja," jawab Shasha.
Tangga dituruni dengan perlahan lalu kaki mereka mengorak langkah ke pintu belakang. Langit masih gelap. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajah mereka berdua.
Punggung didudukkan di pinggir gazebo. Hariz hanya membisu.
"Abang ingat tak sewaktu ulang tahun perkahwinan kita? Kita mandi hujan, main game yang Sha cipta sendiri." Sisi wajah Hariz ditatap Shasha lama.