𝟐𝟓

2.7K 111 4
                                        

          HAMPIR tiga minggu berlalu semenjak kejadian dia membongkarkan kekurangan dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          HAMPIR tiga minggu berlalu semenjak kejadian dia membongkarkan kekurangan dirinya. Selama tiga minggu ini jugalah Hariz tak menggalakannya untuk bertemu dengan umi. Kata Hariz lagi, biarlah umi bertenang supaya dia mampu berfikir secara rasional. Shasha hanya akur. Lagipun, dia tak rasa dia mampu menguatkan hatinya apabila mendengar perkataan mandul yang dituturkan umi sendiri.

"Haa termenung apa tu?!" Hariz mengejutkan Shasha.

Hampir terlepas getah paip yang dipegangnya. Sebelah tangan mencekak pinggan merenung Hariz yang sedang galak ketawa.

"Buat lah kerap-kerap. Esok lusa, Sha sakit jantung awal. Tahulah salah siapa." Shasha menjeling tajam. Dia menyambung menyiram pokok bunga yang ditanam sendiri.

"Elelele marah pula. Termenung apa tadi? Jangan cakap yang Sha masih terfikirkan hal yang satu tu eh?" Hariz merapati tubuh isterinya.

"Mana ada lah." Shasha cuba mengelak.

"Mana Toothless? Tak nampak pun dalam rumah?" tanya Hariz. Merata dia cari kucing kesayangannya tadi.

"Ada bawah kereta tu." Bibir Shasha dimuncungkan ke arah kereta.

Hariz terangguk, lalu matanya beralih kepada pokok bunga yang tersusun cantik. Tapi bukan bunga itu yang menarik perhatiannya. Dia membongkokkan tubuh dan menangkap seekor belalang yang ralit bertenggek di ranting.

"Sweety....." Meleret suara Hariz. Dia menyimpan tangan di belakang.

"Kenapa?" tanya Shasha dengan hairan. Apatah lagi melihatkan senyuman misteri yang terukir di bibir itu.

"Tadaaaa. Hadiah untuk Sha." Tangannya disua ke arah Shasha.

Sebaik sahaja mata Shasha melihat binatang yang dipegang Hariz, terus dia berlari.

"Abang! Jangan cari pasal! Buang lah!" jerit Shasha. Meremang dia rasa melihat belalang sebesar itu.

"Alah, sini lah." Hariz semakin merapati.

Malah, Shasha sudah terperangkap di dinding. Getah paip masih kukuh di tangan.

"Abang, stop!" jeritnya lagi.

"Taknak." Hariz menjelirkan lidah. Dia menapak lagi mendekati isterinya.

Baru saja ingin menapak satu lagi langkah, tubuhnya disembur dengan air paip di tangan Shasha. Terlepas belalang itu. Habis lencun seluruh tubuhnya.

"Shasha!" Hariz mencekak pinggang.

"Apa? Sha tak salah. Abang yang cari pasal." Selamba dia menjawab.

"Sini. Geram betul abang." Hariz membuka langkah untuk mengejar isterinya. Laju Shasha mencurahkan air lagi, lalu berlari laju cuba untuk memboloskan diri ke dalam rumah.

Kerana licin, tubuhnya hilang keseimbangan. Hampir saja jatuh menyembah bumi, lalu pantas Hariz memaut pinggangnya.

"Hampir kena cash dah tadi," perli Hariz. Air yang terjatuh dari rambutnya membasahi wajah Shasha yang terdiam.

SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now