𝟎𝟕

3.2K 141 5
                                        

       PANTULAN diri dicermin diperhatikan Shasha lama sambil bibirnya terbentuk senyuman nipis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       PANTULAN diri dicermin diperhatikan Shasha lama sambil bibirnya terbentuk senyuman nipis. Memandangkan hari ini merupakan hari jadi Zayra, anak kepada teman baiknya, maka dia sebagai 'aunty kesayangan' budak kepoh tu mestilah dia perlu hadir.

Gaun berwarna ungu dibetulkan sedikit. Kata Mikayla, tema hari jadi Zayra merupakan princess. Jadi, kerana Shasha sendiri sangat minat akan Rapunzel, dress ungu ini menjadi pilihannya. Rambut hitam pekatnya didandankan dan pengepit rambut berbentuk rama-rama turut dipakai di bahagian kiri dan kanan rambutnya.

"Shasha! Kamu dah siap ke?" laung Puan Riyana di luar biliknya.

"Dah mama, kejap!" Beg tangan dan hadiah dicapainya dan daun pintu dikuak luas.

Terpampang sosok tubuh Puan Riyana bersama wajah pucatnya.

"Mama kenapa ni? Tak sihat ke?" tanya Shasha dengan risau.

"Ya, tiba-tiba pula mama demam. Mama tak boleh temankan kamu ke party Zayra. Kamu pergi seorang diri boleh?" tanya Puan Riyana.

"Boleh mama. Jangan risaulah. Mama pergi rehat." Tubuh Puan Riyana dipimpin Shasha kembali ke bilik utama.

"Ni hadiah Zayra. Sampaikan salam dan maaf mama pada mereka eh?" Puan Riyana berpesan.

"Okay mama. Sha pergi dulu ni." Tangan Puan Riyana disalam sebelum Shasha melangkah pergi.

Belum sempat dia memandu pergi, telefon bimbitnya bergetar.

"Ye, Reesa?" jawab Shasha. Panggilan turut diletakkan dalam pembesar suara. Memudahkannya untuk memandu.

"Kau dekat mana?" tanya Mikayla.

"Baru nak gerak ni. Kenapa?" tanya Shasha lagi.

"Okay. Hati-hati memandu tu. Nanti sampai, kau masuk dalam je terus macam biasa eh? Takut aku tak sempat pula nak sambut kau." Mikayla berpesan kepadanya.

"Noted, Reesa. Kau pergilah buat apa yang patut. I'll be there in 15 minutes," kata Shasha lalu panggilan ditamatkan.

 I'll be there in 15 minutes," kata Shasha lalu panggilan ditamatkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SEADANYA KAMU (C)Where stories live. Discover now